Nasional

Nasi kosong, kuah bukan untuk murid RMT

GAMBAR nasi kosong dan kuah yang tular semalam bukan disediakan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Md Radzi.

Beliau berkata demikian setelah menerima maklum balas daripada wakil Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan siasatan berkaitan perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program RMT.

“Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.

“Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung isu berkenaan.

Dalam pada itu, Md Radzi berkata, KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021. -SM

(Visited 2,636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button