pilihanPolitik

Rafizi Ramli tegur tindakan MUDA, umum sertai kerusi ditandingi bukan idea bijak!

Tindakan parti Muda yang terlalu awal dan ghairah mengumumkan kawasan kerusi ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang bukanlah satu idea yang bijak.

Bagi Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, perkara itu langsung tidak membantu kerana ada banyak lagi usaha lain yang perlu difokuskan untuk melumpuhkan lawan.

“Nasihat saya kepada semua parti di semua peringkat: elakkan umum kerusi mana yang nak ditandingi.

“Tidak membantu. Fokus lawan BN (Barisan Nasional) PN (Perikatan Nasional); tunjukkan kenapa rakyat tidak wajar undi mereka,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan FMT susulan kenyataan Ketua Muda Negeri Sembilan Tarmizi Anuwar, yang menyatakan hasrat partinya untuk bertanding di Parlimen Kuala Pilah.

Memetik laporan FMT, Muda Negeri Sembilan bukan sahaja mensasarkan kerusi Parlimen itu malah mereka sudah mula mendekati penduduk setempat sejak setahun lalu.

“Kuala Pilah salah satu kerusi yang disasarkan…kerana kerusi itu pernah ditandingi oleh Bersatu sebelum ini,” katanya.

Rafizi ketika mengulas lanjut, berkata isu berkaitan kerusi untuk ditandingi perlu dilakukan secara tertutup.

“Benda ni kena bincang tertutup, bukan umum. Nanti bising lagi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mengeluarkan kenyataan bahawa partinya mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU15.

(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button