NasionalpilihanPolitik

Ratusan jemaah laksanakan Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia bersama PM

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama ratusan jemaah menunaikan solat hajat bersempena Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri di sini malam Khamis.

Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8.10 malam dengan ditemani ahli keluarga beliau.

Beliau seterusnya menyertai jemaah menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat hajat yang dipimpin Imam Satu masjid itu Ahmad Hakim Samsudin.

Usai solat itu, Ismail Sabri meluangkan masa menyantuni jemaah sebelum meninggalkan masjid pada jam 9.10 malam.

Program Solat Hajat Perdana itu diadakan bagi memohon pelindungan ALLAH SWT agar dijauhkan bala bencana dan wabak penyakit, selain memohon doa bagi kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 serta memohon keharmonian dan keamanan negara kekal terpelihara.

Proses pengundian bagi PRU15 akan berlangsung Sabtu ini (19 November) seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya. – Bernama

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button