NasionalpilihanPolitik

Senyuman Cleopatra serikan hasrat warga Parlimen Batu untuk terus mengundi!

Senyuman manis calon bebas, Nur Fathiah Syazwana atau lebih mesra dengan panggilan Cleopatra menyerikan hasrat warga Parlimen Batu untuk terus keluar mengundi.

Seorang pekerja swasta, Nur Aini Idham, 45, berkata, kehadiran Cleopatra di Parlimen Batu mungkin memberikan saingan sengit kepada pihak lawan tetapi bukan para pengundi.

“Menariknya permainan politik di sini, walaupun ada 10 calon yang bertanding, Cleopatra ibarat penyelesaian masalah kepada semua polemik yang berlaku antara kami.

“Bukannya kesemua calon lain tidak bagus tetapi kita sebagai rakyat boleh menilai dan saya sebagai pengundi di sini tidak malu untuk mengatakan saya pangkah simbol pokok,” katanya.

Nur Aini berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka dan baginya, tindakan Cleo memilih simbol pokok adalah sesuatu yang kreatif kerana ia melambangkan keteguhan semula jadi.

Sementara itu, Mustafa Ibrahim, 58, berpendapat, pertembungan 10 penjuru di Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) agak dahsyat dan luar biasa.

“Dulu.. rakyat cuma ada satu misi iaitu nak tumbangkan Barisan Nasional (BN) dan pilih calon bukan daripada parti politik (PH) bagi nak merasaikan sendiri bagaimana Kerajaan baharu memerintah.

“Namun cuba lihat sejarah, penyandang Ahli Parlimen Batu di sini dahulunya bukanlah mewakili mana-mana parti, dia juga bertanding bebas, maka pak cik rasa Cleo juga boleh menang majoriti di sini,” katanya.

Sempena pengundian yang berlangsung hari ini, Cleo sempat melawat pusat pengundian bermula dari Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri sehinggalah ke Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2.

Ketika ditanya tentang pandangan pengundian yang berlangsung hari ini, Cleo berpuas hati dengan susun atur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan berserah kepada Allah SWT bagi keputusannya sebentar nanti.

“Saya berharap rakyat di Parlimen Batu akan mendapat seorang wakil rakyat yang boleh membuat perubahan daripada segala aspek dan saya mahu yang terbaik untuk Batu.

“Saya tidak kisah siapa pun calonnya, saya cuma mahu yang terbaik untuk Batu. Ingat pokok, ingat Cleo,” ujarnya selepas meninjau kesemua pusat pengundian yang terpilih dalam Parlimen tersebut. – SM

(Visited 760 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button