JenayahNasionalNegeri

“Macau Scam” tidak berhati perut perdaya wanita rugi hampir setengah juta.

“Macau Scam” semakin tidak berhati perut apabila berjaya memperdaya wanita berusia 50 tahun sehingga rugi hampir setengah juta.

“Macau Scam” berjaya menakut-nakutkan penjawat awam ini di peringkat awal lagi sehingga mengikut telunjuknya untuk melakukan transaksi sehingga berjumlah RM429,000.

Setelah menyedari ditipu “Macau Scam” mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau pada 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pada peringkat awal, suspek menelefon mangsa kononnya seorang pegawai dari Pos Malaysia.


“Suspek mendakwa kononnya telah mendapati satu bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu sekeping kad pengenalan dan lima keping kad ATM telah didaftarkan atas nama mangsa untuk dihantar ke Sabah,” katanya.

Ahmad Mohsin berkata, mangsa yang menafikan perkara ini telah diminta membuat laporan polis setelah disambungkan panggilan ke Balai Polis Sabah.

“Mangsa semakin kecut perut apabila diberitahu nama dan kad pengenalannya dikata terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah diminta untuk membuat transaksi bayaran bagi menyelesaikan kes ini.

Katanya, mangsa didakwa telah membuat sepuluh kali transaksi bayaran seperti yang diminta ke beberapa akaun bank yang diarahkan suspek.

Sehubungan itu Ahmad Mohsin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Arau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu.

Pihak polis kini giat mengesan suspek yang terlibat. – SM

(Visited 63 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button