Nasional

PM lancar Pusat Ekonomi Digital

Satu lagi program dilaksanakan demi Keluarga Malaysia iaitu Pelancaran Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Kerajaan menyediakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia di seluruh negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada 15.4 juta orang penduduk negara ini terutamanya golongan B40 dan masyarakat luar bandar.

PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital agar semua penduduk, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi, berupaya menyertai dan mengambil peluang dalam ekonomi digital.

Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dipertingkatkan dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar.

Setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat.

Dalam pada itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkataan ‘Hogoh’ bermaksud ‘menggegar sesuatu yang kuat’ atau ‘gegar’ dalam dialek Pahang sinonim dengan slogan untuk Pahang bagi menaikkan semangat dan meraikan kejayaan.

Semalam Perdana Menteri sama-sama berkumpul untuk ‘hogoh’ semangat Keluarga Malaysia di Felda Kumai, Bera Pahang.

Program Hogoh Bera berlangsung selama dua hari sejak semalam, merupakan program sentuhan komuniti yang bertemakan Keluarga Malaysia bagi mengangkat produk seni dan budaya khususnya di daerah Bera, Pahang yang kaya dengan elemen warisan.

Pelbagai acara sukan rakyat yang kini kian dilupakan dan tidak lagi dimainkan oleh generasi muda seperti galah panjang, ceper, timbang bola, diketengahkan kembali menerusi program ini, bagi memastikan ia tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button