Nasionalpilihan

Lelaki 53 tahun ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak

SEORANG lelaki berusia 53 tahun ditahan kerana didakwa melakukan amang seksual terhadap tiga orang kanak-kanak lelaki dan perempuan di tangga sebuah flat di kawasan Sri Damansara.

Tankapan dilakukan selepas bapa mangsa melakukan satu laporan polis kira-kira pukul 5 petang semalam.

Difahamkan, perbuatan terkutuk suspek diketahui oleh bapa mangsa selepas melihat satu klip video yang ditunjukkan oleh pengerusi persatuan penduduk flat tersebut.

Dalam rakaman berdurasi selama 19 saat itu, suspek telah memeluk dan menggeselkan kemaluannya beberapa kali ke atas anak mangsa yang baru berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berjaya ditahan oleh saksi kejadian bersama penduduk kawasan flat tersebut dengan bantuan polis.


“Siasatan awal mendapati suspek juga melakukan perbuatan yang menjengkelkan itu ke atas dua lagi rakan anak-anak mangsa yang berusia 11 tahun di lokasi sama.

“Saspek juga tidak duduk di flat tersebut dan hadir ke kawasan itu dengan alasan untuk mencari kawan lama,” katanya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). -SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button