NasionalNegeri

11 pasar raya terlibat Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan

Family Store Sikamat beri Baucer E-wallet RM20

BERITA baik bagi seluruh rakyat Negeri Sembilan dan masyarakat setempat. Jualan RAHMAH peringkat Negeri Sembilan melibatkan 11 pasar raya di seluruh negeri telah dilancarkan hari ini.

Pelancaran Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan bersama Kerajaan negeri disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri, Fuziah Salleh.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh memilih ikan segar sempena Jualan RAHMAH yang dilancarkan melibatkan 11 pasar raya di seluruh negeri.

Program itu turut mendapat kerjasama pasar raya Family Store, Sikamat.

KDN dalam kenyataannya memaklumkan 11 pasar raya yang terlibat adalah AEON Co. (M) Bhd.; Billion Shopping Centre (P.B.) Sdn. Bhd.; Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd; EconMart Sdn Bhd; Family Store Sdn. Bhd; Giant Hypermarket (GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd);Jakel Trading Sdn. Bhd.; MYDIN (Mydin Mohamed Holdings Berhad); TF Value-Mart Sdn.Bhd; Tunas Manja Group dan Zemart Sdn. Bhd.

TELOR ayam diharap ada bekalan di pasaran.

“Pada masa yang sama, empat pasar raya yang terlibat dengan Jualan RAHMAH ini turut menawarkan Menu RAHMAH kepada pelanggan iaitu Pasar raya AEON BIG, Pasar raya Giant, Pasar raya MYDIN dan juga Pasar raya Lotuss’,” katanya.

Pelaksanaan Inisiatif Jualan RAHMAH ini akan diadakan selama tiga hari mulai 7 hingga 9 April secara serentak di kesemua pasar raya yang terlibat.

Selain itu, menurut kenyataan yang sama, pengunjung Family Store Sikamat hari ini turut diberikan Baucer E-wallet RM20 untuk digunakan semasa membelibelah di pasar raya tersebut.

FUZIAH SALLEH meninjau apa yang ada di dalam beg plastik usai majlis Pelancaran Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sembilan. – GAMBAR IHSAN KPDN

“Turut berlangsung ialah Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dan Agensi Kerajaan.

“Yang terlibat seperti FAMA Negeri Sembilan, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Veterinar Negeri Sembilan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Katanya lagi, ia bagi membolehkan rakyat Negeri Sembilan mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

Pada majlis pelancaran, Fuziah turut menyerahkan Bakul RAHMAH kepada 80 penerima sekitar kawasan Sikamat.

“KPDN Negeri Sembilan mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya dan pengusaha makanan menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Inisiatif Payung RAHMAH.

“Ini merangkumi lima program utama iaitu Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH, kata kenyataan itu lagi. – SM

BACA Lotus’s Malaysia sertai Inisiatif Payung RAHMAH bantu kurangkan kos sara hidup

BACA Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur hotel pertama lancar Pakej RAHMAH

 

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button