JenayahNasionalNegeri

Penyeludup makin berani bawa pistol semasa seludup 10 kg syabu

SEPUCUK pistol berpeluru hidup turut ditemui oleh pasukan Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) semasa menahan dua penyeludup yang membawa 10 kilogram syabu bernilai RM500, 000 dari negara jiran.

Dipercayai suspek ini dipercayai membawa senjata api bagi mempertahankan diri.

Apappun ia juga sebagai peringatan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk lebih berhati-hati berhubung keselamatan anggotanya pada masa depan.

Romli Mustafa

Pengarah Maritim Malaysia Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa berkata, pihaknya akan memastikan setiap anggota yang melakukan rondaan operasi menggunakan peralatan keselamatan seperti baju kalis peluru pada masa depan.

Bagaimanapun katanya, semasa penahanan itu kedua lelaki berusia 32 dan 50 tahun itu tidak melawan ketika diserbu.

Katanya, dua suspek yang menyamar sebagai nelayan itu ditahan pada kedudukan kira-kira 14 batu nautika dari barat laut Kuala Perlis sekitar jam 8.00 malam tadi.

“Bot ketika itu sedang melakukan rondaan bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat terdapat sebuah bot kayu enjin bergalah tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak dalam keadaan bergelap dan mencurigakan sedang memasuki perairan Perlis dari negara jiran,” katanya pada sidang media di Kuala Perlis.

Katanya, hasil penggeledahan telah ditemui satu guni berwarna putih yang didalamnya berisi 10 bungkusan teh cina mengandungi hablur kristal disyaki syabu.

Beliau berkata, guni berkenaan berada dalam bahagian bawah dek bot kayu berkenaan.

Selain itu, katanya, sepucuk pistol bersama satu kelopak berisi lima butir peluru hidup turut ditemui dalam sebuah beg hijau pada bot berkenaan.

Hasil siasatan awal katanya, Maritim Malaysia percaya senjata yang dirampas adalah digunakan sebagai jaminan suspek dalam melakukan aktiviti penyeludupan dadah.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM500,000 manakala jumlah dadah itu dipercayai bagi kegunaan lebih 50,000 penagih,” katanya.

Romli berkata, semua hasil rampasan dan kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, suspek ditahan reman selama enam hari mulai tarikh tangkapan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Daripada tangkapan ini dan sebelumnya, katanya Maritim Malaysia Kedah/Perlis mendapati sindiket pengedaran dadah telah menukar modus operasi penyeludupan menerusi jalan laut dengan menggunakan bot kayu enjin bergalah yang memudahkan pergerakan melalui kawasan perairan cetek. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button