Ekonomi

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur hotel pertama lancar Pakej RAHMAH

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur merupakan hotel pertama melancarkan Pakej RAHMAH di bawah gabungan pakej perkhidmatan dan Iftar. Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dilaksanakan melalui Pakej RAHMAH.

Ia merangkumi promosi pakej Penginapan dan Iftar iaitu pakej Penginapan dua hari satu malam di Bilik Standard, termasuk Sahur dan Iftar untuk dua orang bernilai RM250.

ANTARA hidangan pemanis mulut yang disediakan.

“Di bawah Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, harga bagi setiap pengunjung yang ingin menikmati ruangan bilik yang lebih luas iaitu di lain kategori pilihan di hotel seperti Deluxe, Junior Suite, Executive Suite juga ada.

“Kategori lain pilihan di Residence seperti Satu, Dua atau Tiga Bedroom Residence. Cas tambahan RM50 dikenakan bagi setiap permintaan untuk kenaikan taraf bagi kategori pilihan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MENINJAU menu yang disajikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyempurnakan Majlis Pelancaran Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Mengetengahkan Menu Hidangan Makanan Masakan Tradisi Melayu dengan harga mampu bayar dan sajian yang membuka selera, lebih daripada 45 jenis pilihan hidangan disajikan kepada para pengunjung yang membeli Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Lokasi Bufet Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah di Restoran Tamu Junction Place, di aras Lobi bermula pada pukul 6.30 petang sehingga tamat waktu berbuka iaitu pada pukul 9.30 malam.

Sementara itu, KPDN melihat inisiatif ini sebagai salah satu tawaran yang sangat berbaloi untuk dinikmati oleh setiap lapisan golongan masyarakat bukan sahaja tertumpu pada golongan B40 sahaja.

KUIH tradisonal Melayu yang popular di bulan Ramadan, Seri Muka juga ada antara 45 jenis menu yang disajikan di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

“Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh industri sektor perkhidmatan khususnya hospitaliti di negara ini untuk menggalakan rakyat Malaysia berbelanja dengan berpatutan menjelang musim perayaan,” ujar KPDN.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub

Katanya lagi, di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat merasai menginap di hotel bertaraf 4 bintang dan menikmati menu iftar dengan harga yang berpatutan di samping dapat mengeratkan tali silaturahim di bulan yang mulia ini.

Untuk rekod, Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat. – SM

BACA KPDN melancarkan Program Food Bank Wakaf Rahmah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan

BACA Lotus’s Malaysia sertai Inisiatif Payung RAHMAH bantu kurangkan kos sara hidup

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button