Hiburan

Tujuh bintang K-Pop yang bunuh diri sebab tekanan

BARU-BARU ini dunia hiburan dikejutkan dengan tindakan bintang K-Pop, Goo Hara yang ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam.

Kematian penyanyi itu dikatakan akibat bunuh diri kerana tertekan.

Sebelum Goo Hara ada lagi bintang K-Pop yang menamatkan hidup mereka secara tragik dengan membunuh diri akibat tekanan. Kami senaraikan tujuh bintang tersebut.

1. Lee Hye-Ryeon aka U;Nee

U;Nee meninggalkan nota berbunyi: “Saya merasakan segala-galanya kosong. Saya sekali lagi berjalan di jalan yang destinasinya saya sendiri tidak tahu.”

Dia merupakan penyanyi, pelakon dan penari yang mencipta nama dalam dunia K-Pop pada 2003 dengan single pertamanya, Go.

Kawan-kawannya memberitahu polis bahawa dia menderita akibat tekanan hidup tetapi menyembunyikannya dari keluarga.

Dia menggantung diri dalam rumahnya di Soe-gu. Usianya ketika itu 25 tahun.

U;Nee

U;Nee

2. Lee Seo-hyun

PENYANYI utama kumpulan pop, M.Street merupakan antara yang terjejas krisis kewangan yang melanda Korea Selatan pada 2008.

Dia bukan sahaja melabur wangnya, tetapi juga wang yang daripada kawan-kawan tetapi semuanya lenyap ekoran krisis itu.

Kerana berhadapan dengan tekanan yang dahsyat ekoran hutang itu dia mengambil keputusan membunuh diri walaupun telah berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Dia menggantung dirinya dalam studio rakaman pada usia 30 tahun.

Lee Seo-hyun

Lee Seo-hyun 

3. Park Yong-ha

SELEPAS tersingkir daripda drama televsiyen, Winter Sonata, Park Yong-ha mengeluarkan album sebagai penyanyi. Dengan rekod pernah mengalami isu depresi, dia dikatakan berhadapan dengan tekanan ketika cuba menguruskan syarikat hiburannya dan pada masa sama menguruskan kerjaya di samping perlu menjaga bapanya yang menderita kanser.

Sebelum membunuh diri Yong-ha meluang masa bersama bapanya, memohon maaf sebelum ditemukan oleh ibu tergantung pada wayar elektrik.

Umurnya 32 tahun ketika itu.

Park Yong-ha

 

4. Ahn So Jin

USIANYA baru 22 tahun apabila dia terjun dari tingkat 10 apartmen kediamannya.

Ahn So Jin tidak sempat mencipta nama sebagai bintang kumpula K-Pop atau solo. Sebaliknya, dia hanya salah seorang yang sedang menunggu peluang untuk menubuhkan kumpulan KARA.

Selepas dia tewas kepada seorang lagi calon, dia telah diletakkan sebagai pelatih untuk menjadi anggota satu lagi kumpulan di bawah DSP Media, April.

Tetapi ada yang tidak kena apabila kontraknya digugurkan. Ini menyebabkan dia tertekan dan mengambil keputusan terjun dari bangunan kediamannya.

Ahn So Jin

Ahn So Jin

5. Kim Jonghyun

PENYANYI utama kumpulan popular SHINee meninggal nota yang menggambarkan dia sangat-sangat tertekan bahawa `dalamannya’ sudah musnah dan dia tidak lagi mampu melawan.

Ini menyebabkan para peminatnya kecewa dan menyalahkan persaingan dalam industry K-Pop yang sangat dahsyat sebagai punca Jonghyun bunuh diri.

Jonghyun ditemukan tidak sedar diri dalam bilik hotel di Seoul, dengan ada arang terbakar dalam tempat menggoreng, kaedah biasa yang digunakan oleh orang Korea untuk bunuh diri.

Dia segera dibawa ke hospital tetapi diumumkan meninggal dunia kemudiannya. Usianya ketika itu 27 tahun.

Kim Jonghyun

Kim Jonghyun

6. Choi Jin-ri aka Sulli

SULLI merupakan anggota kumpulan f(x) yang kemudiannya menjadi penyanyi solo. Dai terkenal dengan cakap lepasnya apabila berkaitan dengan masalah kesihatan mental, buli siber dan hak asasi wanita, yang merupakan bukan satu kebiasaan dalam kalangan bintang K-Pop.

Akibatnya dia berhadapan dengan kecaman-kecaman hebat oleh netizen.

Dia dikatakan tidak cantik, tidak ada bakat dan pelbagai lagi kecaman buruk. Apa sahaja yang dia buat hanya memburukan lagi keadaan dan mencetuskan kebencian netizen.

Dia ditemukan mati dalam rumahnya tanpa ada kesan-kesan jenayah pada usia 25 tahun. Kerana keterbukaannya tentang tekanan hidup, kematiannya dikatakan sebagai bunuh diri.

Choi Jin-ri @Sulli
Choi Jin-ri @Sulli

7. Goo Hara

PENYANYI, pelakon, bekas anggota kumpulan KARA dan kawan baik kepada Sulli. Pernah terselamat daripada cubaan bunuh diri enam bulan sebelum kematiannya.

Seperti kawannya, kehidupan peribadinya diikuti secara terperinci oleh orang awam dan berhadapan dengan pelbagai kritikan.

Dia juga dibuli dan dimaki hamun yang mana dianggap sikap double standard dalam industri hiburan Korea ke atas bintang wanita dan lelaki.

Goo Hara ditemukan maut dalam rumahnya hanya enam minggu selepas Sulli dikatakan membunuh diri, dia sempat melakukan hantaran ke Instagram dengan perkataan ‘selamat tinggal’. Usianya 28 tahun.

Goo Hara
Goo Hara

 

 

(Visited 1,266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button