Hiburan

Pelakon lelaki mencekik isterinya selepas kantoi curang

Pasangan selebriti dari Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar terkenal dengan sikap romantik dan sering mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Namun sejak semalam kecoh bahawa pasangan ini sedang dilanda badai, perkara itu terbongkar apabila Lesti Kejora tampil membuat laporan polis dan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Difahamkan, perkara itu terjadi selepas terbongkar bahawa Rizky Billar berlaku curang di belakangnya.

Penyanyi dangdut itu merasa dikhianati dan meminta untuk suaminya dipulangkan ke rumah orang tuanya.

Lantas pelakon lelaki tersebut bertindak agresif dengan memukul isterinya, dengan menolak isterinya ke katil dan mencekiknya sehingga wanita tersebut jatuh ke lantai.

Malahan, risky menarik tangan mangsa dan menghempaskan ke dalam tandas, susulan kejadian tersebut Lesti turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher.

Perkara itu telah dilaporkan ke pihak polis oleh Lesti, kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-Undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga.

Jika sabit kesalahan, pelaku tersebut boleh dipenjara sehingga 15 Tahun. Walaubagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi antara mereka berdua.

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button