Rencah Hidup

Program Sewaan Motosikal Elektrik bantu penghantar makanan

KESEDARAN memelihara alam sekitar dan sekaligus terus mengingatkan rakyat Malaysia Madani agar mengurangkan pencemaran udara berjalan selari dengan usaha Ahli Majlis Petaling Jaya, Bryan Ng Yih Miin memperkenalkan Program Sewaan Motosikal Elektrik dan Program Evergreen untuk mereka yang terlibat dalam perkidmatan penghantaran makanan atau food riders, baru-baru ini.

Program Sewaan Motosikal Elektrik dan Program Evergreen mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei dan dan Setiausaha Politik dari Kementerian Kwangan, Kamil Munim.

Program Sewaan Motosikal Elektrik dan Program Evergreen yang dilancarkan membantu golongan yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan atau food riders di seluruh negara.

Menurut Bryan dalam kenyataan di Facebook, program tersebut mensasarkan golongan yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran tempatan atau food riders.

“Dalam saya mengusahakan hak-hak kebajikan penghantar-penghantar makanan atau food riders ini, saya juga mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan beberapa kemudahan untuk mereka.

“Jadi ia bukanlah sekadar hanya perbincangan yang dibawa ke peringkat kementerian sahaja malah disusuli dengan tindakan,” kata Bryan.

 

Beliau turut menyenaraikan antara inisiatif yang terkandung dalam Program Sewaan Motosikal Elektrik dan Program Evergreen ialah:

-Peluang kepada “penghantar” untuk mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan.

-Menyediakaan perkhidmatan penyewaan “Motosikal Elektrik” bagi membantu mereka yang tidak mampu membeli atau tidak lulus pinjaman atau loan.

-Motosikal Elektrik menjadi pilihan juga kerana saya ingin memupuk semangat cinta akan alam sekitar untuk menjaga kualiti udara.

Bryan berkata, beliau akan sentiasa komited dalam membantu mengubah nasib dan menjaga kebajikan para penghantar makanan atau food riders.

Untuk rekod, Program Sewaan Motosikal Elektrik ialah sebuah program komuniti yang menyasarkan penghantar makanan atau food riders di seluruh negara.

Program ini merupakan usaha sama antara Bryan Ng, Pengerusi Taskforce P Hailing yang juga merupakan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei , pembekal Ebike Eclimo dan pemilik premis Dking. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button