Rencah Hidup

Dari ingat Valentine’s Day, ingatlah perjuagan Leftenan Adnan pada 14 Feb 1942

ANAK muda di era milenium ini digalakkan mengingat hari sejarah yang pernah berlaku pada pejuang negara iaitu Leftenan Adnan dari menyambut hari kekasih bersama pasangan yang bukan mahram.

Beliau  lahir 1915 – meninggal 14 Februari 1942 merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang sehingga nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur.

Adnan menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Beliau merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar selama lebih satu tahun. Adnan kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki Rejimen Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, beliau terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni ‘C’.

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

Artikle Berkaitan :>

Hari Kekasih Retorik Pendosa Untuk Berseronok Dengan Hubungan Luar Nikah

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button