NasionalNegeri

Bekas kakitangan IPTS di Perlis direman seleweng RM1 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini mendapat perintah reman bagi menahan seorang bekas Penolong Pegawai Tadbir di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini bagi menjalankan siasatan berkaitan penyelewengan wang hampir RM1 juta.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan reman ke atas suspek berusia 33 tahun itu selama tiga hari mulai hari ini sehingga 16 Februari.

Perintah reman ini membolehkan SPRM melakukan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Berdasarkan kenyataan SPRM,
antara tahun 2022 dan 2023, suspek pertama telah menggunakan jawatannya sebagai Pegawai Khas di sebuah IPTS di Perlis.

Suspek pertama didakwa memindahkan wang daripada akaun IPTS tersebut ke akaun bank miliknya dan akaun bank milik suspek kedua yang ketika itu sebagai Penolong Pegawai Tadbir di IPTS tersebut yang berjumlah hampir RM1,000,000.00 bagi kepentingan mereka.

Suspek kedua telah ditahan di pejabat SPRM Perlis pada pukul 5.21 petang pada 13 Februari lalu. – SM

BACA Ketua jabatan, pengarah syarikat direman lima hari buat tuntutan palsu

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button