NasionalNegeriTravel

Jejantas laluan pejalan kaki KTMB Padang Besar dibuka hari ini

AKHIRNYA hari ini, 14 Februari 2024, jejantas untuk laluan pejalanan kaki bagi penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar ke Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) mula dibuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Izizam Ibrahim hadir bagi membuat tinjauan dengan pembukaan jejantas itu.

Sebelum ini beliau memuat turun status pembukaan jejantas ini di Facebook (FB) miliknya semalam.

Jejantas ini telah ditutup pada 1 September 2020 atas sebab keselamatan.

Berikutan itu menimbulkan rungutan di kalangan penumpang kereta api apabila kena berjalan jauh sehingga satu kilometer.

Pihak KTMB telah meletakkan notis pembukaan jejantas ini mulai pukul 6 pagi hingga 10
malam pada setiap hari.

Dikatakan kos pembinaan jejantas berbumbung yang menelan belanja RM250,000 ini juga dilengkapkan dengan CCTV.

Notis KTMB waktu buka dan tutup jejantas bagi laluan pejalan kaki.

Sementara itu, rata-rata netizen menyambut baik pembukaan jejantas yang ditutup empat tahun lalu.

Sekaligus memudahkan pergerakan penumpang keretapi yang hendak ke Arked Niaga atau ke Thailand. – SM

BACA Wujudkan jawatankuasa khas selaras kompleks perniagaan di Padang Besar

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button