Mahkamah

Ketua jabatan, pengarah syarikat direman lima hari buat tuntutan palsu

 

Seorang ketua jabatan Kerajaan Persekutuan di Melaka dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini.

Mereka direman bagi membantu siasatan selepas disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu berjumlah RM49,900 berkaitan program anjuran jabatan, tahun lalu.

Perintah reman sehingga 9 Februari dan 10 Februari itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek yang berusia 42 dan 41 tahun.

Terdahulu suspek yang tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 8.57 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Kedua-dua suspek ditahan pukul 2.40 dan 2.45 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka di Alai dekat sini untuk memberi keterangan berhubung tuntutan tersebut.

Menurut sumber, suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir palsu iaitu tuntutan pembekalan, sedangkan pembekalan tersebut tidak
pernah dilaksanakan bagi program berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad mengesahkan penahanan itu dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam untuk memberi keterangan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang juga ketua jabatan tidak direman dan akan menyambung memberi keterangan hari ini. – SM

 

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button