MahkamahNasional

Anak artis wanita popular era 90-an dipenjara 13 bulan kerana dadah

MUSNAH kerana najis dadah. Akhirnya merengkok dalam penjara selama 13 bulan. Begitulah nasib yang menimpa anak kepada seorang artis wanita yang popular pada era 1990-an.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara selepas tertuduh, Syarra Sudarman, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah.

Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Syarra dikenakan hukuman penjara lapan bulan bagi kesalahan terbabit bermula dari tarikh dia ditahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, 12 Oktober 2022.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan, bermula hari ini.

Tertuduh dalam rayuannya menyatakan sebelum ditahan, dia mempunyai pekerjaan tetap di Kuala Lumpur dan menyara anaknya. – FMT – SM

 

(Visited 1,157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button