Hiburan

Hujan emas di negara orang, Tan Sri Michelle Yeoh terima anugerah Golden Globe!

Bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah Golden Globe, hari ini.

Yeoh, 60, memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Dia juga berjaya mengalahkan empat calon lain yang turut berentap dalam kategori sama iaitu Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).

Terdahulu, Yeoh menjadi warga Asia pertama yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah National Board of Review.
Disember lalu, dia juga dinobatkan sebagai Ikon Tahun Ini oleh majalah Time.

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button