Luar NegaraRencah Hidup

Seluar dalam jadi pelitup muka, penumpang diarah keluar dari pesawat

SEORANG lelaki diarahkan keluar dari pesawat kerana memakai seluar dalam wanita berwarna merah sebagai pelitup muka.

Adam Jenne, 38, diminta meninggalkan pesawat tersebut sebelum ia berlepas dari Fort Lauderdale ke Washington berlepas.

Dalam video yang dirakam oleh penumpang lain, dapat dilihat pramugari meminta Jenne meninggalkan pesawat kerana tidak mematuhi cara pemakaian pelitup muka.

“Anda perlu turun dari pesawat. Kami tidak akan membenarkan anda mengembara kerana anda tidak mematuhi cara pemakaian pelitup muka,” kata pramugari itu.

Bagaimanapun, Jenne mendakwa seluar dalam yang dipakai itu mengikut garis panduan TSA dan dia memakaianya walaupun tidak setuju dengan peraturan yang meminta penumpang memakai topeng di dalam pesawat.

Dia juga mengakui bahawa dia sebelum ini telah dikeluarkan dari penerbangan Delta Airlines kerana melakukan perkara yang sama.

Jenne berkata tindakan yang dilakukan itu untuk menunjukkan memakai pelitup muka dalam pesawat ‘tidak masuk akal’ kerana penumpang dibenarkan membuka pelitup muka semasa makan dan minum.

Sementara itu, United Airlines telah menegaskan bahawa Jenne tidak mematuhi peraturan dan telah menghantar e-mel kepadanya untuk mengatakan dia dilarang menaiki penerbangan syarikat itu kerana kesnya sedang di siasat oleh Jawatankuasa Semakan Insiden Penumpangnya.-SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button