NegeriRencah Hidup

Kek Seringgit “pancing pembeli” di Jualan Agro Madani

KEK sepotong RM1.

Comel dalam pelbagai perisa dan tampil pula dalam dekorasi menarik memang sangat perhatian sesiapa yang memandang.

Tidak salah memancing pelanggan dengan kek RM1 kerana bukan semua berkemampuan tetapi tidak ramai peniaga yang sanggup menjualnya dengan harga semurah ini.

Nur Syafinas juga menjual kek berharga RM6 sepotong bagi memenuhi selera pelbagai peringkat umur.

Bagi Nur Syafinas Zakaria, 32 dari Bukit Keteri mengakui beliau lebih senang menjual kek dengan harga semurah ini malah meletakkan tag line “Kek Seringgit” pada meja niaganya semasa ditemui wartawan Suara Merdeka.

Beliau antara usahawan yang terlibat dalam Jualan Agro Madani di pekarangan Pejabat Lembaga Pertanian Pemasaran Persekutuan (FAMA) di Jalan Behor Temak baru-baru ini.

Nur Syafinas berkata, kek RM1 yang dibuatnya itu mempunyai 12 perasa antaranya termasuk strawberi, coklat dan sebanginya yang biasanya diminati kanak-kanak.

Beliau juga ada membuat kek yang dijual RM6 sepotong seperti kek biscoff, indulgance dan sebagainya bagi memenuhi citarasa orang dewasa.

Kek Seringgit yang dijual oleh Nur Syafinas

Setakat ini kata Nut Syafinas jualan RM1 memang laris di mana penggemarnya meliputi semua golongan.

Bekas pelajar Kolej Komuniti Baling ini tidak menoleh lagi apabila menggunakan ilmu yang dipelajarinya itu sebaik tamat pelajar.

Kini telah 12 tahun beliau mengusaha bidang bakeri.

Nur Syafinas memberitahu, setakat ini beliau mengusahakanya kek, roti dan biskut ini hanya dari rumahnya di Bukit Keteri, Perlis.

Pelbagai perasa Kek Seringgit yang boleh dibeli.

Malah kesemua tempahan yang diterima disiapkannya seorang diri.

“Cuma untuk membuat biskut hari raya sahaja saya mengupah pekerja kerana memang tidak menang tangan jika melakukan sendirian,” katanya. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button