Hiburan

Berita palsu: Siti Nurhaliza serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat penyebaran berita palsu mengaitkan dirinya dengan sebuah majlis politik di Kedah.

Sititidak menyangka ada individu atau pihak yang berani membuat suntingan menggunakan nama dan gambar profil yang diambil di Facebook (FB) semata-mata untuk membuat kenyataan berbaur fitnah itu.’

“Saya tidak sangka boleh keluar (berita palsu) dan orang berani buat suntingan sebegitu. Sebab kalau mahu kata ada orang godam, memang tiada apa-apa hantaran seperti itu dalam FB saya.

“Pelaku memang buat suntingan sendiri untuk mengeluarkan berita palsu seperti itu. Jadi, saya serahkan kepada pihak berwajib memandangkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga sudah mengeluarkan kenyataan dan akan mengambil tindakan,” kata seperti yang dipetik dari BH Online.

Katanya, walaupun terkilan tetapi beliau masih berhati perut dan hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berwajib supaya dapat dikekang pada masa akan datang.

“Apabila perkara ini terjadi memang rasa terkilan dan sedih, tetapi tidak mengapa sebab mungkin dahulu saya hanya selalu memberi amaran sahaja terutama dalam media sosial,” katanya. – SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button