Luar Negara

Worldcoin dan projek imbas mata serta risiko kecurian data peribadi

PADA 24 Jul 2023, Worldcoin, sebuah projek mata wang kripto yang diperkenalkanoleh CEO OpenAI Sam Altman, telah meluncurkan WLD token dalam ekosistem mereka dan seterusnya dipromosi di 20 negara. Pemberian WLD token surface kepada pengguna baharu telah menarik ramai penduduk tempatan untuk mendaftar.

Projek Worldcoin terdiri daripada World ID dan WLD token. World ID ialah identiti digital yang diwujudkan untuk pengguna, maka WLD token ialah mata wang kripto yang dilancarkan oleh projek Worldcoin, ia boleh digunakan untuk perniagaan dan giro dalam platform pembayaran Worldcoin.

Pengguna perlu memuat turun World App dalam telefon, dan seterusnya mengimbas dan memuat naik data muka dan iris pengguna dengan pengimbas iris. Menurut Sam Altman, projek Worldcoin akan memberikan dana kepada rakyat dengan menghadiahkan WLD token secara percuma bagi menjamin kehidupan asas rakyat di seluruh dunia.

Namun ada keraguan mula timbul kerana projek Worldcoin yang mengumpulkan data biometrik telah dipersoalkan oleh umum.

MIT Technology Review, media teknologi terkenal dari Amerika Syarikat telah mengkritik pengendali projek Worldcoin yang menarik orang berpendapatan rendah menjadi pengguna dengan teknik pemasaran penipuan di Indonesia.

Pengendali tersebut menjalankan program pemberian barangan keperluan harian untuk menarik penglibatan rakyat Indonesia bagi mengumpul data muka dan iris mereka. Di samping itu, Worldcoin memberi wang kepada pegawai dari kampung Indonesia supaya mereka mempromosikan projek ini. Ini menyebabkan penduduk kampung tersalah anggap projek Worldcoin ialah projek kerajaan.

Vitalik Buterin, pengasas platform dagangan Ethereum, menyatakan bahawa kemungkinan penyalahgunaan data biometrik pengguna oleh pengendali projek Worldcoin adalah besar. Pada masa kini, terdapat pasaran gelap sedang menjual World ID yang terikat dengan data iris dan World ID ini boleh digunakan oleh penjenayah untuk aktiviti haram seperti pengubahan wang haram.

Tambahan pula, Vitalik Buterin juga menunjukkan bahawa terdapat risiko keselamatan data dalam projek Worldcoin. Pihak projek Worldcoin telah menyatakan bahawa pengimbas iris akan memotong data imej untuk menjaga privasi pengguna daripada pembocoran selepas pengguna baharu berjaya mendaftar. Namun begitu, data berkenaan bukan sahaja disimpan di pankalan data tempatan, tetapi juga dihantar ke syarikat di Amerika Syarikat dan Eropah untuk latihan model AI.

Selain itu, projek Worldcoin mampu mengimplan ‘back door’ terlebih dahulu dalam sistem bayaran, World APP dan pengimbas iris supaya memindahkan data biometrik pengguna ke luar negara secara rahsia tanpa kesedaran kerajaan tempatan. Berdasarkan kebimbangan ke atas malasah tersebut, beberapa kerajaan menjalankan siasatan terhadap projek Worldcoin.

Suruhanjaya Kebangsaan Informatik dan Kebebasan Perancis (CNIL) dan Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Persekutuan Jerman (Bafin) telah menjalankan siasatan dan mempersoalkan bahawa projek ini yang mengumpul dan menguruskan data biometrik telah melanggar Peraturan Perlindungan Data UMUM (GDPR) Kesatuan Eropah.

Manakala Kerajaan Kenya telah mengarahkan penggantungan semua aktiviti yang berkaitan dengan pendaftaran projek Worldcoin. Menurut Kenyataan rasmi oleh Kithure Kindiki, Setiausaha Kabinet bagi Dalam Negeri dan Pentadbiran Negara pada 2 Ogos 2023, kerajaan Kenya membimbangkan dengan projek Worldcoin dan telah memulakan penyiasatan terhadap tujuan data yang dikumpul dan bagaimana ia akan digunakan.

Artikel berkaitan > ACIGOLD umum pra pelancaran platform inovatif berasaskan teknologi ‘Blockchain Web3’

 

 

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button