Ekonomi

ACIGOLD umum pra pelancaran platform inovatif berasaskan teknologi ‘Blockchain Web3’

SEBUAH syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di Dubai, UAE yang kini mempunyai cawangannya di Malaysia, Alternate Commodities Index Worldwide (ACIGOLD) mengumumkan julung kali Pra Pelancaran dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan Blockchain, Sabah Malaysia, sebuah aplikasi Audio Video ACI CHAT.

Platform inovatif ini membolehkan pengguna bukan sahaja berhubung dengan Keluarga dan rakan tetapi juga memberikan peluang unik untuk menjana duit sambil menikmati perbualan dalam aplikasi ACI CHAT kini tersedia versi Android dan iOS.

Selain ACI CHAT, ACIGOLD juga menawarkan ekosistem pelbagai fungsi yang merangkumi sebuah lagi aplikasi Mesyuarat Langsung (Online Meeting) dalam talian ACI LIVE, aplikasi mesyuarat ACI LIVE membolehkan pengguna menjalankan mesyuarat, seminar dan persidangan dengan rakan sekerja dan pelanggan dari seluruh dunia, menghapuskan keperluan untuk perjalanan fizikal dan mengurangkan kos yang berkaitan, aplikasi ini juga tersedia dalam versi Android dan iOS.

Dari kiri: Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Blockchain Sabah Datin Rita, Naib Presiden Kanan ACIGOLD Maszila Misngat, Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD Datuk Sheikh Jamal, Pengasas Bersama ACIGOLD Mohd Shefflee Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif ACIGOLD Amirullah Basarullah

Teknologi blockchain Web3 terbina memastikan semua interaksi dan transaksi pada platform ACIGOLD adalah selamat dan telus. Dengan menggunakan decentralised rangkaian, ACIGOLD menghapuskan keperluan untuk pengantara, membolehkan ekosistem yang lebih cekap dan kos efektif untuk penggunanya di seluruh dunia.

Menurut Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD, Datuk Sheikh Jamal, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ACIGOLD kepada dunia. Matlamat kami adalah untuk mencipta platform komprehensif yang membolehkan individu bukan sahaja berhubung dengan orang tersayang tetapi juga meneroka ufuk baharu dalam dunia perniagaan.

Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD Datuk Sheikh Jamal

“Dengan ACIGOLD, pengguna kini boleh mengubah minat mereka untuk berbual menjadi sumber pendapatan, Perniagaan Dalam Talian dan membeli-belah secara percuma, Ia adalah situasi menang-menang untuk semua pihak yang penguna terlibat.”

Selain itu, satu lagi aplikasi pasaran beli-belah dalam talian ACI STORE tidak lama lagi juga akan tersedia pada versi Android dan iOS. Dengan tujuan untuk menyediakan individu dengan lebih fleksibiliti dan kemudahan jual beli, ACI STORE bakal memperkasakan pengguna untuk bekerja dari keselesaan rumah mereka sendiri, membantu mereka memulakan peluang perniagaan dalam talian baharu.

Lebih-lebih lagi, pasaran beli-belah dalam talian ACI STORE menawarkan pelbagai jenis produk, memudahkan pengguna mencari dan membeli barangan yang mereka kehendaki di satu lokasi yang mudah.

Tambahan pula, ACIGOLD teruja untuk mengumumkan pra pelancaran ACI EXCHANGE (CEX) aplikasi Centralised Blockchain DeFi Web3, Tidak lama lagi akan disenaraikan di CoinMarketCap (CMC) pada 18hb November, 2023.

ACI EXCHANGE adalah platform yang membolehkan pengguna jual beli  matawang kripto sesama sendiri P2P, platform ini membolehkan pengguna membeli, menjual dan berdagang mata wang kripto dengan mudah, mengembangkan kewangan mereka melalui kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi  Blockchain Web3 di ACI EXCHANGE.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengasas Bersama ACIGOLD Mohd Shefflee Rahman, Naib Presiden Kanan ACIGOLD Maszila Misngat, Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Blockchain Sabah Datin Rita dan Ketua Pegawai Eksekutif ACIGOLD Amirullah Basarullah.

ACIGOLD memperkasa revolusi cara bersosial masa kini, bekerja dari jauh dan berurus niaga dalam talian. Dengan ekosistemnya yang komprehensif dan tumpuan utama untuk mencipta peluang bagi pengguna di seluruh dunia, ACIGOLD bersedia untuk menjadi peneraju dalam Industri Blockchain Web3. – SM 

Artikel berkaitan > TWL Holdings dan MufeWorld, ACIGOLD jalin kerjasama bakal tawar rumah mampu milik

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button