Ekonomi

Richiamo Coffee tawar naik taraf susu oat percuma

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Richiamo Coffee Sdn Bhd., pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini menjalinkan kerjasama baharu dengan peneraju syarikat susu oat, Oatside dengan para pelanggan Richiamo Coffee berpeluang menaiktaraf minuman mereka dari menggunakan susu tenusu segar kepada susu oat secara percuma.
Para pelanggan Richiamo Coffee kini boleh menaik taraf dan merasai pengalaman kopi premium dengan susu oat mulai 15 Februari sehingga 15 Mac 2023 secara percuma di semua cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, kerjasama terbaru ini merupakan adalah untuk memberi pelbagai pilihan kepada para peminat kopi tempatan selepas kerjasama Richiamo Coffee dengan Kellog’s beberapa bulan yang lalu.
“Para penggemar kopi boleh merasai dan menikmati kopi premium kami dengan susu oat mulai hari ini, dan semestinya menaiktaraf daripada susu segar kepada susu oat akan menjadi satu pilihan terbaru kepada pelanggan kami,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, selain memberi kelainan kepada penggemar Richiamo Coffee, kerjasama ini turut mensasarkan untuk menyediakan menu kesihatan dan mampan.
Penggunaan susu oat ini adalah ia merupakan alternatif berasaskan tumbuhan berbanding susu tenusu tradisional yang menjadi semakin popular di kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan selain ia bebas laktosa.
Selain itu, susu oat ini juga mengandungi beta glucan yang baik untuk kesihatan jantung dan ia amat berkrim dan mampu menghasilkan buih yang cantik untuk menghasilkan minuman berasaskan susu oat ini.
“Susu oat mempunyai tekstur berkrim dan kemanisan halus yang dipadankan dengan sempurna dengan kopi kami. Kami yakin bahawa pelanggan kami akan menyukai peningkatan ini dan kami teruja untuk menawarkan pilihan baharu ini” katanya lagi.
Dengan perkongsian baharu antara kedua-dua pihak, Richiamo Coffee dan Oatside merupakan langkah terbaik untuk industri kopi dan pelanggan yang mencari pilihan yang lebih sihat dan mampan untuk kopi mereka.

Promosi naik taraf percuma adalah peluang terbaik bagi pelanggan untuk mencuba pilihan susu oat baru dan mengalami perbezaan yang dibuat dalam kopi mereka.

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button