Berita GajetEkonomiGajetUlasan

HP ZBook Firefly G9: Peranti Terbaik untuk Golongan Profesional Kreatif

HP Inc. Malaysia telah memperkenalkan ZBook Firefly G9 baharu hari ini untuk golongan profesional kreatif dan pengguna tegar yang memerlukan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan untuk bekerja dengan cekap sambil menyempurnakan tugas di mana-mana sahaja.

Pekerja kreatif mahukan keupayaan bekerjasama dengan mudah dan menzahirkan idea mereka di mana sahaja mereka berada.

ZBook Firefly G9, yang dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Gen Ke-12 terkini, memberikan kuasa dan prestasi yang diperlukan oleh pengguna yang sentiasa bergerak ke sana sini untuk mereka cipta dan menyemak semula karya masing-masing.

“Profesional kreatif mahukan peranti dan perisian yang memberikan kebebasan untuk mereka mengejar kecemerlangan dalam minat mereka dan menyerlahkan kreativiti reka cipta tanpa kekangan teknologi atau
lokasi,” kata Alex Tan, Pengarah Urusan HP Inc, Malaysia.

“Siri Z by HP pada hari ini menggabungkan teknologi terkini dengan ciri-ciri serba boleh sebuah ekosistem tersepadu untuk merealisasikan setiap idea kreatif.”

“HP ZBook Firefly G9 dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Gen Ke-12 berlandaskan teknologi hibrid,
menawarkan komputer stesen kerja prestasi tinggi kepada golongan karyawan yang perlu memanfaatkan
sepenuhnya keupayaan sistem mereka.

“Hasil kerjasama kami dengan HP ini menandakan satu lagi mercu jaya – demi mempelopori inovasi dan memenuhi keperluan pelanggan yang kian berubah,” kata Jerry Tsao, Naib Presiden, Pengurus Besar, Kumpulan Pengkomputeran Pelanggan, Segmen Penggemar Mudah Alih Intel Corporation Worldwide.

Komputer riba HP ZBook Firefly G9 dilengkapi skrin 16:10 HP DreamColor 1 , yang disediakan dalam saiz 14” atau 16” inci. Prestasi tahap profesional ini digabungkan dengan ciri mudah alih sebenar dalam komputer riba yang mantap dan berkuasa, membantu pengguna kekal produktif dengan komponen gred profesional, kamera  web dinaik taraf dengan AI 2 , dan paparan warna tepat.

Dengan model paling ringan iaitu hanya seberat 1.47 kg 3 , HP ZBook Firefly G9 merupakan komputer stesen kerja paling mudah dibawa dan memang dirangka untuk pergerakan. Dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ generasi seterusnya 4 , GPU komputer riba NVIDIA® T550 atau NVIDIA RTX™ A500 5 dan memori sehingga 64GB DDR5 6 , HP ZBook Firefly G9 mampu mengendalikan sejumlah besar fail serta aplikasi pro secara serentak tanpa sebarang masalah.

Ini membolehkan pengguna melakukan berbilang tugasan dan bekerja secara produktif. Kamera 5MP pacuan AI 7 dengan bingkai automatik akan mengikut pergerakan anda semasa panggilan, manakala peranti pembesar audio yang tersembunyi menyekat sebarang gangguan bunyi.

Pilihan sambungan Next-gen Wi-Fi 6E 8 , atau 5G 9 membolehkan anda berhubung dari mana-mana lokasi untuk pengalaman yang lebih peribadi. HP ZBook Firefly G9 juga berusaha melindungi masa depan kita seiring dengan kemajuan teknologi yang meningkatkan ciri-ciri kelestarian dalam proses pengeluarannya.

Menikmati Prestasi Tahap Pro dengan hayat bateri sehingga 13 jam 10 , peranti yang serba bergaya lagi bertahan lama ini cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam beg supaya anda boleh bekerja secara produktif di mana-mana.

Berhubung, Berkomunikasi, Bekerjasama – Terus produktif di mana sahaja anda bekerja dengan grafik dan pemproses gred profesional, kamera web 11 dan audio berasaskan AI dan paparan warna tepat 12 – segalanya yang anda perlukan untuk bekerja dan menguruskan projek di mana jua.

Berhubung dan bekerjasama dengan penuh yakin berasaskan ciri-ciri canggih seperti Pemendaman Bunyi DNN untuk mengurangkan bunyi latar bagi panggilan yang lebih jelas dan terang.

Beri tumpuan penuh kepada tugas anda dengan bekerja di mana-mana sahaja tanpa menjejaskan prestasi atau keselamatan menggunakan Windows 11 disokong oleh teknologi HP yang menggalakkan kerjasama dan perhubungan.

Akses kerja anda hampir di mana-mana sahaja menggunakan ZBook Firefly dengan pilihan untuk mendapatkan teknologi jalur lebar tanpa wayar 5G dengan antena 4×4 yang boleh menyediakan kelajuan muat naik dan muat turun lebih pantas.

HP ZCentral Connect

Kerjasama jarak jauh kini semakin penting dalam persekitaran kerja hibrid. Dalam pada itu, kita perlu menyediakan pengalaman perkomputeran peribadi dan penyelesaian IT yang bersesuaian. HP turut menyediakan penyelesaian ZCentral yang memudahkan karyawan mendapatkan kemudahan akses jarak jauh kepada kuasa komputer stesen kerja mereka dengan perisian ZCentral Remote Boost yang memenangi anugerah Emmy®. Keupayaan bekerjasama dalam masa sebenar penyelesaian ini memanfaatkan sepenuhnya sumber, kuasa komputer dan infrastruktur lengkap pejabat atau studio penerbitan, sambil bekerja dari mana-mana jua.

HP telah menambah alat-alat penting baharu untuk menguruskan dan memantau sambungan ZCentral Remote Boost 14 , membolehkan pengendali sistem menyesuaikan lagi persekitaran sistem komputer masing-masing.

Malah, pengurus IT kini boleh menerima pemberitahuan bagi stesen kerja Z masing-masing di dalam konsol pentadbir untuk membolehkan mereka memantau status rangkaian komputer berpusat.

Keselamatan

HP ZBook Firefly G9 dilengkapi dengan pelbagai aspek keselamatan oleh HP, yang melindungi pengguna, data dan syarikat daripada ancaman luar. Ciri keselamatan ini termasuk ciri Pengesahan Berbilang Faktor HP untuk melindungi sistem daripada akses tanpa izin.

Ia juga termasuk HP Sure Sense 15 dan HP Sure Run 16 bagi memastikan perniagaan tidak akan dihalang oleh perisian jahat dan pelaku yang berniat jahat. HP Wolf Security untuk Perniagaan 17 menyediakan benteng pertahanan mantap yang sentiasa tersedia dan disokong oleh perkakasan – daripada BIOS 18 kepada pelayar, di dalam dan di bawah OS – sekali gus memberi ketenangan fikiran kepada bahagian IT.

Kelestarian

HP berbangga untuk membantu pelanggan memenuhi matlamat kelestarian dengan portfolio 19 PC paling lestari di dunia.

HP menggunakan 100% tenaga elektrik boleh diperbaharui untuk menghasilkan kuasa bagi pemasangan akhir 90% daripada PC dan produk skrin yang dikeluarkan di seluruh dunia 20 . ZBook Firefly terus menambah produk lestari dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan sisa plastik 21 , di samping mempelopori inovasi dalam segala aspek proses pengeluaran, daripada pembungkusan kepada penjimatan tenaga. Malah, HP ZBook Firefly mematuhi sepenuhnya peraturan bahan yang disekat dan HP juga memilih sebatian yang memenuhi metodologi GreenScreen® bagi Bahan Kimia Lebih Selamat.

Harga HP ZBook Firefly G9 di Malaysia akan diumumkan pada bulan Jun. Pelanggan boleh menghubungi talian khas HP Untuk Perniagaan di +603 7627 6550 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau kunjungi https://www.hp.com/my-en/workstations/zbook-firefly.html bagi mendaftar untuk mendapatkan HP ZBook
Firefly G9 hari ini.

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button