Luar Negara

Amaran WHO: longgar sekatan akan undang gelombang maut

JUMLAH kematian akibat wabak Covid-19 di seluruh dunia sudah melepasi 100,000 dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran kepada semua kerajaan supaya tidak melonggar langkah sekatan yang telah diambil bagi membendung penularan wabak itu.

Ketua Pengarang WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus  berkata, agensi sememangnya mahu melihat peraturan pengawalan wabak itu dilonggarkan, tetapi memberi amaran bahawa menarik sekatan boleh membawa kepada ‘kebangkita yang membawa maut’.

Bercakap kepada pemberita di Geneva pada Jumaat, Tedros berkata, ada tanda-tanda penularan wabak itu semakin perlahan di beberapa negara Eropah – Itali, Jerman, Sepanyol dan Perancis – tetapi ada amaran penularan di tempat lain, termasuk di 16 negara Afrika.

Kenyataannya itu dibuat  tidak lama selepas angka daripada Universiti John Hopkins menunjukkan angka kematian yang disahkan ada kaitan dengan Covid-19 pada jumlah 100,376 orang.

Beberapa pakar kesihatan bimbang agka sebenar jauh lebihh tinggi kerana cabaran untuk mengesahkan punda kemaian terutama yang di luar hospital, selain ujian yang terhad, cara pengiraan yang berbeza selain ada kerajaan yang cuba menutupnya.

Ketika berita wabak ini merebak keseluruh dunia telah meningkatkan jumlh negara yang bertindak melaksanakan langkah luar biasa terhadap pergerakan dan kontak sosial dalam usaha untuk mengawal penularan.

Namun, kesannya menyebabkan keadaan ekonomi di negara terbabit terjejas dan kerajaan dipaksa supaya melonggarkan langkah yang terambil terhadap perniagaan dan industri utama.

Teteapi dengan ujian aksin masih lagi jauh daripada kajayaan, dunia berhadapan dengan tugas sukar.

Menurut Felo Kanan di agensi berpangkalan di Amerika Syarikat, Yanzhong Yuang, negara atau rantau yang sudah berjaya membendung wabak itu tetap berasa gusar dan bimbang selagi wabak itu berlaku di tempat lain.

“Risiko untuk ia kembali memang ada atas dua sebab. Yang pertama ialah kelaziman mereka yang tidak memiliki simptom menyebarkannya tanpa sedar bahawa mereka sakit dan ancaman kes yang diimport,” kata kepada Al Jazeera.

Di seluruh dunia, pegawai-pegawai kesihatan awam dan ketua-ketua agama telah memberi amaran kepada setiap anggota masyarakat supaya tidak melanggar perintah berkurung dan mengamalkan jarak sosial terutama pasa sambutan keagamaan bagi mengelakkan virus yang sudah menjangkiti lebih 1.6 juta orang terus membadai. – Al Jazeera

 

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button