Luar Negara

Seorang maut selepas polis menembak penunjuk perasaan

SEKURANG-KURANGNYA seorang terbunuh dan yang lain cedera apabila penunjuk perasaan yang membuat demonstrasi bantahan terhadap Presiden Sri Lanka Rajapaksa, di Colombo bertempur dengan pihak polis di tengah bandar Rambukkana.

Laporan yang diterima daripada seorang doktor tempatan dipercayai, itu merupakan kematian pertama sejak demonstrasi bermula di negara yang dilanda krisis itu minggu lalu.

“Lima belas orang yang cedera dalam kejadian itu dibawa ke hospital dan tiga berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian perut mereka,” kata seorang doktor di Hospital Kegalle yang dikendalikan kerajaan.

“Seorang meninggal dunia selepas dimasukkan,” kata doktor itu, enggan dinamakan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

Gangguan tercetus selepas polis meminta penunjuk perasaan berpindah dari laluan kereta api utama yang mereka sekat selama berjam-jam, kata jurucakap polis Nalin Thalduwa.


“Untuk mengawal keadaan, polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

“Peluru hidup serta gas pemedih mata digunakan untuk menghalau orang ramai yang melontar batu dan objek lain” katanya.

Jelasnya, beberapa anggota polis yang cedera juga telah dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, demonstrasi itu dibuat untuk menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kerajaan yang salah mengendalikan ekonomi dan menyebabkan kekurangan barang keperluan dan pemotongan bekalan elektrik yang berpanjangan. – REUTERS – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button