Luar Negara

Objek logam size kentang besar disahkan meteorit di New Jersey

INI realiti, bukan lakonan atau tayangan di kaca televisyen seperti drama sci-fi The X-Files yang popular sekitar tahun 1980-an. Di New Jersey, Amerika, penghuni sebuah rumah terkejut apabila seketul objek berupa batu hitam berukuran kentang besar berunsur logam menghentam rumah mereka sehingga bumbung dan siling kediaman itu berlubang minggu lalu.

Objek yang menghentam bumbung dan siling kediaman itu disahkan sebagai meteorit.

Objek berkenaan juga terkena lantai kayu rumah berkenaan lalu melantun di dalam ruang bilik tidur.

Sekumpulan saintis dari The College of New Jersey (TCNJ) mengesahkan, objek berukuran 6 kali empat inci (6X4 inci) dan seberat 1 kilogram itu merupakan batu meteorit chondrite yang jarang ditemui.

Pengesahan itu dibuat selepas dibuat pemeriksaan visual, mengukur kepadatan dan mengimbas imej mikroskop elektron.

Pemeriksaan terhadap objek itu dipimpin oleh seorang pakar meteorit, Jerry Delaney.

Difahamkan, Delaney adalah seorang pesara dari Rutgers University dan juga American Museum of Natural History.

“Mendapat peluang meneliti meteorit itu adalah satu kesempatan berharga bagi saya serta sekumpulan penuntut fizik dan profesor di TCNJ.

“Kami teruja untuk mengesahkan bahawa objek itu adalah meteorit chondrite asli, dalam keadaan baik dan salah satu daripada contoh chondrite yang jarang direkod bidang sains,” kata Pengerusi Jabatan Fizik fakulti itu, Nathan Magee.

Keluarga yang menemui batu hitam bersaiz kentang besar itu memberitahu, objek berkenaan ditemui di satu sudut kediaman mereka.

Ketika ditemui, objek itu dalam keadaan masih hangat sekitar pukul 12.30 tengah hari, Isnin lalu.

Kumpulan pakar percaya ia baharu saja jatuh dan kena rumah mereka ketika ia ditemui.

Tiada sesiapa pun dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan kerosakan terhadap rumah itu juga tidak terlalu serius.

Petugas pasukan hazmat telah dikejarkan ke lokasi untuk memeriksa keluarga itu sekiranya mereka terdedah kepada sebarang bentuk bahan radioaktif. Bagaimanapun semuanya negatif. – SM

BACA Tun M bimbang NASA bawa pulang tanah diambil dari asteriod

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button