Politik

UMNO payah bangkit jika tewas kali kedua – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR 19 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan seluruh ahli agar
mempertahankan maruah dan martabat parti keramat itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengalami nasib yang sama seperti dialami sewaktu
kalah mengejut dalam PRU-14 hingga hilang tampuk pemerintahan negara termasuk beberapa buah negeri.

“Jangan kita pandang ringan, usaha musuh nak jatuhkan kita, dia memang dah sesal dan dah tahu apa
kesilapan mereka.

“Kali ini kalau kita (UMNO) jatuh sekali lagi, memang susah untuk kita bangkit. Maka pertahankanlah maruah
dan martabat UMNO,” ujarnya.

Beliau berkata demikin ketika berucap menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat
Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau tidak mahu pemimpin dan ahli parti menidakkan pemilihan parti yang akan diadakan
sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) hanya akan berlaku perpecahan dalam parti.

Menurutnya, sejarah telah membuktikan pepecahan dalam parti berlaku apabila setiap kali pemilihan parti
diadakan terlebih dahulu sebelum disusuli PRU.

Justeru katanya, UMNO ketika ini berada dalam keadaan baik dan jika berlaku pergeseran antara satu sama
lain maka akan berlaku perpecahan ketika menghadapi PRU.

Beliau berkata, keputusan untuk diadakan PRU dan perkara tersebut akan dibincangkan oleh lima pimpinan
tertinggi parti.

“Jangan tunggu lama-lama biarlah top five berbincang bila pula PRU-15 akan diadakan nanti. Kami berlima
sering berbincang pergi Yayasan, pergi sana pergi sini. Kita tak bagi tau orang lain kerana kami beradat
berunding dalam gelap.

“Kali ini kita akan keluarkan dalam Facebook untuk membuktikan kami ini sebenarnya adalah rapat dan
bersama-sama berurusan.

“Saya nak bagi pandangan perpaduan dalam parti amat penting jangan berpecah-pecah tak guna jadi Presiden,
Timbalan atau Naib jika kita kalah dalam pilihan raya.

“Yang penting kita menang di peringkat manapun kita dah rasa 22 bulan macam terhina kita dan dihina tak
kan nak ulang lagi. Kalau berpecah kita tidak akan menang,” ujarnya

Mengulas lanjut Mohamad berkata, usaha Tun Mahathir Mohamad untuk bergabung bersama parti pembangkang bagi
boleh menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) menang dalam PRU-15 nanti.

Jelasnya, walaupun menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor serta kalau diamati
kekalahan pembangkang kerana mereka berpecah.

“Walaupun susah untuk mereka bergabung tetapi di dalam politik semuanya boleh jadi. Jangan kita tunggu
mereka bangun maka kami berlima akan berbincang bila sewajarnya PRU-15 akan diadakan,” ujarnya.

 

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button