Luar NegaraSains

Remaja 16 tahun antara penerima pertama vaksin di Ottawa, Kanada

Vaksin COVID-19 sudah mula diagihkan kepada seluruh dunia dan keutamaan diberikan buat beberapa kategori sahaja buat masa sekarang.

Keberkesanan vaksin juga masih menjadi persoalan dalam kalangan semua orang kerana terdapat segelintir yang menerima vaksin mula menunjukkan simptom penyakit lain.

Seorang remaja perempuan bernama Alice Roberts, 16, menjadi antara penerima pertama vaksin COVID-19 di Ottawa, Kanada ekoran mengambil upah mencuci pinggan di Colonel By Retirement Residence.

Hal ini kerana dia dikategorikan sebagai pekerja barisan hadapan seterusnya melayakkan dia untuk mendapatkan vaksin tersebut dengan segera.

Pekerja barisan hadapan di hospital dan rumah jagaan yang bekerja untuk jangka masa panjang adalah antara orang pertama layak menerima vaksin di Ontario.

Menurut Alice, vaksin tersebut langsung tidak menyakitkan dan ia cuma seperti menerima satu suntikan biasa.

Dia telah bekerja berbulan-bulan di Colonel By Retirement Residence memakai PPE sambil menahan kepanasan.

Walaupun tidak bekerja secara langsung dengan penduduk, Alice dengan bersemangat menggulung lengan bajunya untuk menerima dos pertama ketika tiba giliran menjadikannya salah satu yang termuda di negara ini yang menerima vaksin COVID-19.

Dia berkata pemberian vaksin itu penting kerana dia tidak mahu menyebarkan virus itu kepada ibu bapanya atau penduduk di Coloner By dengan harapan dia mampu memberi contoh yang baik buat orang lain.

Wabak COVID-19 mula dilaporkan di fasiliti itu pada bulan Oktober dengan dua anggota staf positif menghidap virus itu, menurut Ottawa Public Health.

“Saya tidak mahu perkara itu terjadi lagi,” kata Alice.

Ibu Alice, Trish Arthurs menyatakan dia sangat bangga dengan anaknya, Alice yang mampu membuat keputusan tentang perkara ini dengan cepat.

“Saya rasa sangat penting untuk melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan dalam situasi begini tambahan pula dia berada dalam posisi di mana dia melakukan perkara tersebut bukan hanya untuk keluarganya tetapi juga untuk semua orang di sekitarnya.

“Saya sangat bangga dengan Alice,” tambahnya.

 

 

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button