Rencah Hidup

Kasi Terbit jual lebih 120 judul buku sempena Pesta Buku Selangor

KIRA-kira 120 judul buku dijual oleh syarikat Kasi Terbit Ptd. sempena Pesta Buku Buku Selangor 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula hari ini hingga 12 Disember.

Pengarah Urusan Kasi Terbit Rohaniah Noor berkata, beliau gembira akhirnya industri buku rancak semula selepas ekonomi ditutup lebih setahun.

Rohaniah Noor

Katanya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pendapatan syarikat bergantung terhadap jualan secara dalam talian di Shoppe dan Lazada.

“Jualan atas talian memang naik mendadak. Bila perdana menteri umum PKP jualan naik. Saya rasa orang tak tahu nak buat apa di rumah dan bosan jadi mereka beli buku dan tengok Netflik.

“Minat untuk membaca ada namun kalau dibandingkan dengan menonton televisyen dan media sosial buku masih dibelakang lagi.

“Ini adalah pesta buku yang pertama selepas PKP jadi kita berharap agar pesta buku akan menyumbang kepada kerancakan buku balik kepada kempen membaca,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka.

Sebanyak 95 peratus buku yang dijual di reruai Kasi Terbit di P18 adalah buku bukan fiksyen iaitu hartanah, kewangan, travelog dan kesihatan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Katanya, dari segi jualan ketika ini buku berkaitan hartanah dan kewangan mendapat sambutan.

“Waktu ini orang ada masalah kewangan, tak ada kerja macam mana nak jimat duit, macam mana nak beli rumah dalam keadaan kewangan yang genting. Macam mana nak urus penyewa, jadi buku hartanah memang nampak masih stabil dari segi jualan.

“Travelog pula sebelum PKP saya nampak trend itu menurun sedikit mungkin sebab orang tak boleh nak melancong. Tapi masih ada. Ini adalah genre baharu di Malaysia kita kena beri orang teruja. Macam novel sudah popular. Kita nak orang terdedah lagi. Jadi kita harap travelog akan makin naik,” jelasnya.

Tambah beliau buku yang dihasilkan oleh penulis yang ramai pengikut di media sosial seperti Hilal Asyraf dan Dr. Azizul mudah untuk dijual berbanding mereka yang kurang pengikut.

Atara buku yang trevelog yang dijual dan berdasarkan kisah benar adalah ‘Syurga di bawah langit Somalia’ mengenai jurukamera Bernama TV yang maut ditembak di Somalia karya Khairulanuar Yahaya; Kembara Afganistant dan Memoir Iran-Iraq Kurdistan, Salam Kembara karya Siti Noridah Ab. Rahman serta buku tulisan Zahriman Alias bertajuk ‘F Team Rahsia dalam Rahsia dan F Team Tenggelam Dalam Rahsia.

Buku-buku tersebut berharga antara RM10 hingga RM40 dan mempunyai diskaun sehingga 40 peratus.-SM

 

 

(Visited 600 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button