Ekonomi

Produk Gardenia naik 10 hingga 45 sen

PRODUK berasaskan roti syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd akan mengalami kenaikan harga antara 10 hingga 45 sen mulai 1 Disember ini.

Menurut Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini, kenaikan harga itu berikutan syarikat itu terjejas teruk oleh kenaikan kos akibat penularan wabak Covid-19.

“Gardenia KL juga terjejas dengan cabaran ini dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.

“Namun, peningkatan besar dalam pembuatan, dan kos bahan, yang di luar kawalan kami, telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa alternatif kecuali melaksanakan semakan harga ke atas produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember 2021,” kata syarikat itu.

Menurut Gardenia, antara lain, harga tepung, gandum, lelemak, serbuk koko, susu dan pembungkusan telah meningkat.


Harga roti Classic Original Gardenia akan naik 30 sen kepada RM2.80, manakala roti Jumbo berharga RM4, iaitu peningkatan 45 sen. Roti bajet Bonanza Big Value akan naik 35 sen menjadi RM3.10.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual dengan kenaikan 30 sen, manakala roti Bran & WheatGerm pula akan menyaksikan kenaikan 40 sen.

senarai roti Delicia dan Toast-em, yang merangkumi roti Butterscotch dan Choco Raisin, pula akan dijual pada harga RM4.00 iaitu lebih 30 sen berbanding sekarang.

Roti sambal bilis syarikat pula akan berharga RM1.30 mulai bulan depan manakala roti krim Quick Bites naik 10 sen menjadi RM1.00.-SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button