fbpx
Nasional
Trending

Covid-19: Bebaskan banduan – Kit Siang

BEBASKAN banduan bagi memastikan kesesakan penjara dapat dikurangkan dan mengawal jangkitan Koronavirus (Covid-19) dalam kalangan mereka.

Demikian cadangan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, mencadangkan kerajaan supaya mengikut langkah negara lain termasuk Indonesia yang membaskan banduan mereka.

Beliau dalam satu kenyataan menyokong penjelasan Datuk Seri Zulkifli Omar mengenai kesesakan penjara sekarang dan mustahil untuk melaksanakan jarak sosial.

[BACA] Tiada aduan pekerja diberhentikan: Timbalan menteri periksalah betul-betul — Suara Merdeka
[BACA] Kadar kematian COVID-19 di Itali turun walaupun 15,362 maut — Suara Merdeka

Menurutnya, mahkamah perlu bertegas terhadap pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tetapi, tidak penjarakan mereka untuk menghentikan rantaian sebaran Covid-19.

“Lagi serius dan bahaya memenjarakan pesalah PKP yang berisiko mendedahkan jangkitan Covid-19. Penjara sudahpun terlalu sesak dengan 73,000 banduan berbanding 53,000 jumlah tampungan sepatutnya.


“Dengan kesesakan sedemikian, penjarakan sosial adalah mustahil untuk dilaksanakan,” katanya hari ini.

Walau bagaimanapun, sebelum itu beliau menyuarakan nada yang berbeza terhadap cadangan untuk mengekang penularan Covid-19.

[BACA] Belas kasihan, kemanusiaan cara terbaik KKM kekang COVID-19 termasuk pelarian — Suara Merdeka

Menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti DAP itu menggesa kerajaan supaya lebih serius dan tegas dalam menangai pandemik berkenaan.

“Jemaah Menteri perlu berhenti bersikap acuh tak acuh dan tidak endah sekali gus mengguna pakai moto ‘Bertindak Pantas dan Lakukan Apa Sahaja’ bagi menangani wabak Covid-19,” tulisnya.

Terdahulu, Pengarah Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suzarika Sahak mengesahkan Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh menerima surat cadangan daripada Zulkifli.

[BACA] Waktu berjemur yang sesuai jadi perdebatan di Indonesia — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Angka kes mungkin bertambah dengan kepulangan rakyat Malaysia dari luar negara — Suara Merdeka

Menurut beliau, dalam surat tersebut pihak mahkamah diminta berhenti memenjarakan pesalah PKP berikutan kesesakan banduan yang berisiko menyebabkan jangkitan Covid-19. – SM

(Visited 6 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button