Rencah Hidup

Petugas pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dijangkiti Covid-19

PEJABAT Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ditutup selepas salah seorang petugas disahkan telah dijangkiti virus Covid-19.

Menurut Fahmi, petugas yang positif Covid-19 itu baru sahaja pulang dari negeri Sabah pada 25 September lepas.

Petugas terbabit telahpun di bawa ke Hospital Sungai Buluh bagi mendapatkan rawatan dan dikuarantin di situ sehingga sembuh.

Kesemua petugas dalam pejabat Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat itu juga telah dibawa ke klinik untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

“Mengikuti SOP (prosedur operasi standart) dan arahan Kementerin Kesihatan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai dan memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini saya dan semua staf pejabat telah hadir ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk membuat saringan Covid-19.

“Kami akan menjalani kuarantin di rumah mengikut tempoh yang diarah PKD Lembah Pantai,” kata Fahmi.

Pejabat Fahmi akan akan ditutup sehingga tempoh arahan kuarantin di rumah berakhir.

Unit nyah kuman juga dihantar ke pejabat beliau untuk melakukan proses dekontaminasi pada petang ini.

“Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat boleh menghubungi kami melalui laman FB ini atau melalui emel.

“Segala kesulitan amat dikesali. Sila doakan agar kami selamat dan dihindari dari wabak Covid-19,” kata Fahmi.

 

 

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button