Rencah HidupTravel

“Rambut nenek” dengan kulit popia: Kudapan aneh di Songkhla

“RAMBUT nenek” atau nama komersial, gula tarik adalah kudap-kudapan aneh dari Thailand. Apapun “rambut nenek” yang dijual ini sebenarnya tidak lagi berwarna putih kerana uban apabila dikaitkan dengan “nenek” sebaliknya kudap-kudapan ini berwarna-warni, sama moden dengan penampilan rambut nenek masa kini.

Kudap-kudapan ini mudah didapati dari penjaja di jalan raya mahupun di pasar raya besar di negara jiran, Thailand.

Wartawan SUARA MERDEKA tertarik dengan kudapan aneh ini semasa melihat penjaja jalanan membawa ia yang berbentuk rambut panjang dalam bungkusan plastik semasa van yang dinaiki berhenti di lampu isyarat.

“Rambut nenek” perlu dibungkus dengan kulit pop sebelum dimakan.

Apabila pertama kali melihat mestilah merasa pelik tambahan pula disebut “rambut nenek” oleh Nabila selaku ketua rombongan kami ke Songkhla, Thailand yang mengakui pernah merasainya sewaktu melawat saudara di sebelah sini semasa zaman kanak-kanaknya.

Tetapi kanak-kanak di Malaysia hanya biasa dengan gula kapas atau kata orang Perlis, “halwa rambut” kerana teksturnya yang gebu dan cair di dalam mulut.

Ingatkan selepas sekali pandang di sebatang jalan raya di Songkhla itu, cerita “rambut nenek” sudah berakhir. Rupa-rupanya, sekali lagi penulis terjumpa dengan “rambut nenek” ketika berjalan-jalan di sebuah pasar raya besar di Songkhla.

“Rambut nenek” kena dibungkus dengan kulit popia sebelum dimakan. – Gambar Google.

“Rambut nenek” bukan makanan biasa-biasa apabila dilihat tersusun kemas pada sebuah kios dan akhirnya dapatlah dilihat dengan lebih jelas rupanya.

Kata peniaganya, “rambut nenek” juga boleh dimakan dengan kulit popia.

Kulit popia ini yang siap ditabur bijan hitam akan diletakkan dengan “rambut nenek” sebelum dibungkus untuk dimakan.

“Rambut nenek” yang memiliki rupa yang unik ini juga sebenarnya sesuai untuk menjadi kudapan kepada orang dewasa jugak. – SM

BACA Kawasan rehat dan rawat Elmina (Utara) kini dibuka berwajah baharu

BACA Kacang Poi: Kudapan Enak Yang Semakin Dilupakan, Budak Muda Pun Tak Kenal!

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button