fbpx
Rencah Hidup

Isa Isarb – Jadilah YouTuber yang bermaruah

Sebar RM10,000 kepada pengamal media di lapangan

JELEK sekali dengan perangai seorang individu bernama Isa Isarb yang dikenali sebagai YouTuber, juga dikatakan terkenal dengan perbuatan prank atau mempermainkan, mempersendakan atau menjadikan orang lain sebagai bahan lawak.

Sebagai manusia yang berakal, Isa Isarb sepatutnya boleh berfikir secara waras dan tidak mempersendakan sesiapa sahaja terutamanya membabitkan wakil-wakil media massa yang bertugas di lapangan, di perkarangan Istana Negara.

Kaya benarkah Isa Isarb ini sehingga menawarkan wang tunai RM10,000 dalam bentuk RM1 untuk diedarkan kepada orang ramai yang berada di sekitar Istana Negara?

Ataupun dia sendiri merasakan perbuatannya itu lucuk, lawak, jenaka yang mencuit hati tanpa memikirkan bahawa sebenarnya, perbuatannya itu terselit sikap takbur dan riak.

Isa Isarb gemar membuat prank, merakamkannya dan memuatnaik di media sosial dan perbuatannya kali ini, sepatutnya mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) dan patut diambil tindakan tegas terhadap akaun miliknya.


Secara tidak langsung, apa yang dilakukan oleh Isa Isarb ini merendahkan maruah dan kredibiliti para petugas media di lapangan.

Tidak perlu memuatnaik rakaman video berdurasi tujuh minit yang dibuat oleh Isa Isarb di sini tetapi yang penting, pihak polis juga perlu mengambil tindakan terhadap Isa Isarb.

Dengan angkuhnya, terpulang kepada interpretasi secara orang perseorangan, Isa Isarb memulakan ayat pembuka bicara videonya dengan berkata begini,” The Agong gave away McDonalds yesterday, today it is KFC, so I want to give away RM10,000 in RM1 notes to everbody.”

Kalau diterjemahkan kata-kata Isa Isarb, bunyinya begini, “Semalam, Agong bagi McDonalds, hari ini, KFC, jadi, saya nak bagi RM10,000 dalam wang kertas RM1 kepada semua orang.”

Bukan sahaja kenyataan Isa Isarb ini sombong tetapi kronologinya juga salah. Tidak buat homework agaknya Isa Isarb ini dan sekali pun bertutur dalam bahasa Inggeris, sila beradap.

Gunakan istilah His Royal Highness, bukan Agong.

Isa Isarb ‘berjaya’ mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengamal media dan sudah semestinya, ramai yang menunggu, apakah generasi seperti Isa Isarb ini boleh terlepas begitu sahaja tanpa dikenakan tindakan? -SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button