HiburanNasionalTravel

Budak Melayu Sekarang Lekeh Perisai Rotan, Anggap Boleh Terbelah Kalau Diserang!

Punyalah ceteknya ilmu budak-budak Melayu zaman sekarang, dia boleh bandingkan perisai Kapten Amerika yang tak wujud itu dengan perisai rotan yang sudah dipakai oleh pahlawan zaman dulu.

Paling memalukan, 75 peratus generasi bangsa Melayu yang menggunakan media sosial boleh perlekehkan alat pertahanan warisan yang jauh lebih hebat dan bijak berbanding senjata penjajah barat.

Kalau tidak, takkanlah guru-guru zaman dahulu gemar gunakan rotan untuk memiat generasi muda Melayu yang cukup nakal semasa zaman kanak-kanaknya sebagai proses pembelajaran.

Hal ini kerana rotan bukan sahaja bersifat padu, keras, lasak serta fleksibel pada tempatnya, malah memberi kesannya yang berganda kesakitannya jika terkena pada tubuh.

Melihat komen budak-budak Melayu sekarang termasuklah bapa orang yang lahir zaman pasca-merdeka, memang patut Melayu terus pupus dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Bayangkan 75 peratus generasi bangsa Melayu yang hidup pada masa ini sudah menolak warisan dan juga kebanggaan pembuatan Melayu, apa lagi yang nak diharapkan?

Penulis cuma berharap, biarlah orang-orang Melayu yang masih ada jati diri sahaja menyambung legasi perjuangan bangsa atas nama Melayu dan Islam itu sendiri.

Mereka yang sudah menolak Melayu, biarkan mereka hidup menadah air peluh sang politikus rakus yang memberikan janji manis agar menerima undi.

Setelah terima undi, melompat seperti katak yang tak ubah pendiriannya macam budak Melayu sekarang yang bakal pupus dan tidak akan dikenangkan sebagai sesuatu yang membanggakan.

Kau nak bangga apa lagi dengan Melayu? Perpecahan semasa bangsa? Kad pengenalan beragama Islam tetapi cara hidup bagai langsung tak bertuhan? Atau menyanjung barat atau Korea secara mutlak?

Teruskan berhibur anak bangsaku, Melayu. Teruskan asyik dan lalai dengan hiburan dan keselesaanmu. Jangan fikir pasal di mana bakal engkau mati atau biarlah jiwamu kosong agar mudah dilacuri nafsu.

Hina dan lekehkah sahaja keris, sundang, tekpi, perisai rotan, lantaka, kerambit dan sebagainya. Nanti bila berjuang jika musuh datang, londehkan sahaja seluar dalam dengan rasa cinta untuk diinjak kemaluanmu!

Kredit Foto : Keris Empire

BACA >> Polis Belanda Kantoi Guna Perisai Rotan, Melayu Moden Nafi Ia Ciptaan Terbaik!

(Visited 1,792 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button