Rencah Hidup

Program Mara Prihatin Ramadan sepanjang bulan puasa

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menganjurkan Program Mara Prihatin Ramadan sepanjang bulan puasa.

Program tersebut memberi peluang kepada usahawan untuk turut sama memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial syarikat masing-masing.

Simbolik pelancaran Program Mara Prihatin Ramadan peringkat negeri Perak telah berlangsung semalam di Travelodge Hotel Ipoh serentak Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan staf MARA Negeri Perak serta Pusat MARA.

Mara Perak dalam satu kenyataan berkata, program yang dianjurkan secara bersama dengan pusat-pusat MARA seluruh negeri Perak dan turut melibatkan komuniti MARA yang terdiri daripada usahawan, pelajar dan masyarakat setempat.


“Program pada petang semalam adalah merupakan program anjuran Pejabat MARA Negeri Perak dan Yayasan Pelajaran dengan Kerjasama Usahawan MARA Negeri Perak.

“Program yang telah berlangsung semalam juga memberi peluang kepada usahawan untuk turut sama memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial syarikat masing-masing,” katanya.

Sebanyak lima syarikat telah memberikan sumbangan iaitu Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd., World Marketing Sdn. Bhd., SBI Food Sdn. Bhd., Ameen Sdn. Bhd. dan Suffy Diary Sdn. Bhd.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk wang tunai, pek makanan dan barangan keperluan harian itu telah diserahkan kepada Pertubuhan Baitul Aini dan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

Program juga turut di isi dengan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Munawir Sallehudin dari Majlis Agama Islam Perak.

Mara Negeri Perak juga telah menyusun sebanyak 15 program MARA Prihatin Ramadan di seluruh Negeri Perak melalui tajaan oleh Yayasan Pelajaran MARA yang melibatkan institusi pendidikan Mara, Pejabat Mara Daerah, usahawan, badan bukan kerajaan dan para pelajar.

Antara program yang dilaksanakan adalah gotong royong membersihkan surau, mengedarkan bubur lambuk dan pemberian pek makanan kepada rumah anak yatim.

“Inisiatif Mara dalam melaksanakan program MARA Prihatin Ramadan ini diharapkan dapat memupuk semangat keprihatinan warga kerja MARA terhadap masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya.-SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button