Ekonomi

Kawasan rehat dan rawat Elmina (Utara) kini dibuka berwajah baharu

PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah membuka semula Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) Elmina menghala Utara bermula pada Sabtu, 10 April 2021.

RSA Elmina (Utara) sebelum ini ditutup selama empat bulan bagi kerja-kerja penaiktarafan dan kini berwajah baharu.

RSA Elmina (Utara) dibuka dengan menampilkan reka bentuk bangunan dengan konsep industrial minimalist, hiasan dalaman yang lebih segar, ruang rehat yang lebih kondusif serta seni lanskap yang lebih hijau.

Antara kemudahan yang ditawarkan di RSA Elmina (Utara) ini adalah 12 gerai makanan dan minuman yang menyajikan variasi menu menarik.

Selain itu sebuah  restoran premium yang menyajikan hidangan sate Kajang oleh Restoran Sate Kajang Haji Samuri yang menyediakan ruang makan yang lebih luas dan kondusif.

Terdapat juga kemudahan tambahan yang disediakan iaitu kiosk-kiosk menjual kudap-kudapan. Pengguna juga boleh menggunakan fasiliti asas seperti surau yang lebih luas, tandas, serta taman permainan kanak-kanak.

Dengan penaiktarafan RSA Elmina (Utara) ini, ianya merupakan komitmen berterusan Kumpulan Syarikat PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh raya seliaannya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways. – SM

(Visited 709 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button