Rencah Hidup

Sumbangan sedekad Yayasan Sime Darby

YAYASAN Sime Darby (YSD) menempa 10 tahun penubuhannya sejak 1982 dan dalam tempoh tersebut memberikan pelbagai sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Dalam tempoh tersebut, YSD memainkan peranan pentingnya terhadap lima kunci sektor seperti pendidikan, kesihatan, alam sekitar, sukan dan kebudayaan.

Malah dalam setiap sektor itu sendiri, YSD menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan objektifnya tercapai.

Dalam sektor pendidikan, YSD telah menganugerahkan sebanyak 4,460 biasiswa bernilai RM289.9 juta kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan layak dari dalam dan luar negara sejak 1982.

Sektor kesihatan pula, YSD banyak membantu menambah baik kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik sepanjang dekad yang lalu melalui program-program seperti YSD Huluran Kasih, Bantuan Bencana dan Sinar Harapan.

Usaha ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup golongan yang terpinggir, termasuklah para wanita yang rentan, orang kurang upaya, kanak-kanak dan bayi berisiko, warga emas, golongan miskin bandar serta golongan luar bandar.

Selain itu, YSD turut menunjukkan komitmennya terhadap alam sekitar dengan menyokong usaha-usaha pemuliharaan untuk 10 spesis haiwan terancam, dengan kerjasama bersama lebih daripada 30 rakan projek sepanjang dekad yang lalu.

Hal ini juga berjaya membantu meningkatkan nilai biodiversiti dalam hutan serta lanskap kelapa sawit, bagi mencipta koridor hidupan liar serta habitat yang penting buat hidupan liar di Malaysia.

Dalam sektor sukan pula, USD berkembang daripada hanya menumpukan sokongan untuk beberapa projek sukan kepada menyokong program-program pembangunan sukan.

Salah satu daripada inisiatif YSD yang paling berkesan merupakan pendedahan, latihan dan pendidikan pertandingan pembiayaan untuk atlet berbasikal negara Azizulhasni Awang.

Selain itu, YSD juga memainkan peranan penting dalam memperkasakan industri seni di Malaysia, dengan tumpuan kepada warisan tempatan negara.

YSD menyambungkan lebih 1.3 juta penonton dengan seni melalui pelbagai festival seperti Festival Seni Yayasan Sime Darby (YSDAF) yang diadakan sekali setiap dua tahun dan merupakan festival seni percuma untuk semua yang terbesar di Malaysia.

“Kesemua pencapaian ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan dan sumbangan berterusan daripada syarikat-syarikat Sime Darby iaitu Sime Darby Berhad, Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad.

“Sumbangan mereka telah membolehkan kami menjalankan pelbagai projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan harapan para benefisiari kami dapat menikmati hidup yang lebih bermakna selain mendapat manfaat yang berpanjangan.

“Seiring dengan slogan kami “Your Foundation for the Future”, kami berharap untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan menjadi pencetus dalam perubahan dunia ke arah yang lebih baik, satu usaha pada satu masa.”

Kata Pengerusi YSD, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’far menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan YSD baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasinya, Dr. Yatela Zainal Abdin menceritakan pengalaman membangunkan sebuah yayasan yang memberi impak khususnya kepada ekonomi dan masyarakat.

“Sudah lebih sedekad semenjak saya menyertai YSD sebagai salah seorang daripada ahli terasnya. Ketika itu hanya ada beberapa orang sahaja bersama saya.

“Kami ditugaskan untuk mengembangkan lagi lima tonggak YSD yang baru dilancarkan, untuk menjadi sebuah yayasan yang seperti yang dibayangkan oleh Majlis YSD.

“Kami telah bersatu teguh sebagai sebuah pasukan dan saya bangga mengatakan bahawa azam kami untuk memberi kesan kepada masyarakat tidak pernah pudar.

“Sedekad telah berlalu dan kami kini merupakan sebuah pasukan yang berdedikasi dengan 30 orang ahli pasukan, sedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang akan datang.

“Di samping mempertahankan visi kami dalam menghasilkan impak yang penuh bermakna dalam masyarakat dan membawa perubahan di dalam hidup mereka,” ujarnya. – SM

(Visited 1,129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button