NegeriRencah Hidup

MPP KUIPs bantu mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor

MPP KUIPs memberikan bantuan berupa beg sekolah kepada mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis.

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyampaikan bantuan berupa wang tunai dan beg sekolah kepada mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis.

Yang Dipertuanya Roshaizam Izuddin bersama rakan-rakan lain menyampaikan sumbangan itu ketika melawat keluarga Siti Norazimah Mat Isa dan Rosliyana Mat Saad.

Kebakaran di Kampung Warna-warni itu menyebabkan tiga keluarga diuji dalam awal Ramadan apabila kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran pada 15 Mac lalu.

MPP KUIPs memberikan bantuan berupa wang tunai kepada Mat Saad Ahmad yang merupakan mangsa kejadian kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis.

Roshaizam yang ditemui berkata, walaupun sumbangan mereka kecil tapi cukup untuk menyatakan rasa simpati diatas kejadian itu.

“Dalam derma kilat yang dibuat warga KUIPs telah menghulurkan sumbangan mereka dan kami menyampaikan sumbangan itu termasuk pembelian beg sekolah dan peralatan menulis,” ujarnya lagi.

‎وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

MPP KUIPs memberikan bantuan berupa wang tunai kepada Mat Isa Ahmad yang merupakan mangsa kejadian kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis.

Terdahulu barisan MPP KUIPs turut berkongsi cerita mengenai kejadian yang berlaku bersama Mat Saad Ahmad dan Mat Isa Ahmad bersama cucu mereka.

Bersempena dengan kunjungan itu mereka turut menyampaikan beg sekolah dan peralatan menulis kepada cucu-cucu mereka Muhammad Rayyan Rafiq Mohd Hafix, Nur Raisya Safieyya Mohd Hafix, Muhammad Haziq Wafie Mohd Hafix dan Muhammad Waiz Raffif Mohd Hafix. – SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button