Politik

Perikatan Nasional diterima baik di Gopeng

GOPENG 11 Nov. – Masuk hari keenam berkempen, Perikatan Nasional (PN) Parlimen Gopeng dilihat semakin konsisten apabila siri walkabout dan turun padang yang dilakukan menerima sambutan baik masyarakat.

Kunjungan calon-calonnya bertemu orang ramai secara terbuka dan disenangi selain memberi peluang mendengar pandangan rakyat.

PN Gopeng menampilkan calon bagi kerusi Parlimen Gopeng, Muhammad Farhan Abdul Rahim.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula adalah DUN Teja dengan calonnya Ahmad Ishak manakala DUN Simpang Pulai, calonnya, K. Selvan.

Menurut Ahmad, sesi walkabout dan turun padang itu merupakan peluang baik untuk calon-calon memperkenalkan diri kepada masyarakat walaupun sebahagiannya telah pun dikenali.

“Kita tahu Parlimen Gopeng sejak 15 tahun lalu di bawah parti lain dan banyak keluhan rakyat disuarakan. Mereka meluahkan suara hati.

“Perikatan Nasional kita mendengar dan menjelaskan perkara-perkara yang boleh kita lakukan sekiranya diberikan mandat di Parlimen serta DUN dalam Gopeng.

“Sebab itu diadakan pilihanraya untuk rakyat menentukan apakah parti yang mereka hendak pilih dan ini adalah proses demokrasi,” ujarnya.

Selain menjelaskan tentang manifesto PN Gopeng, peluang berjumpa rakyat ini juga membolehkan mereka mendengar suara-suara masyarakat.

(Visited 516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button