Politik

Anwar tolak tunggu 6 bulan jadi PM-10

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan untuk menunggu selama 6 bulan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-10.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, perjanjian itu membawa impak yang besar kepada negara.

Dalam temu bual dengan Channel News Asia, Ahli Parlimen Port Dickson itu menengaskan, peralihan singkat bermaksud sekurang-kurangnya setengah tahun ketidakpastian termasuk mengenai Kabinet dan dasar yang diperkenalkan.

“Anda mempunyai enam bulan ketika anda tidak dapat fokus pada reformasi dan ekonomi,” kata Anwar dengan tegas.

Dalam wawancara itu, Anwar bagaimanapun berkata, dia tidak menentang peranan penasihat untuk Dr. Mahathir seperti jawatan menteri mentor yang dipraktikkan di Singapura ketika Lee Kuan Yew mengundurkan diri.

Sebelum ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan menyokong Anwar sebagai perdana menteri tetapi mahu Presiden PKR itu menunggu sehingga enam bulan bagi memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, kedua-dua parti itu konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri sejak 1998 dan akan terus berbuat demikian.

Mereka berkata perjalanan politik telah mengambil masa 22 tahun, justeru mereka mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Perjanjian enam bulan ini akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani kesemua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu sebagai reaksi kepada keputusan PKR yang menolak cadangan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan PH jika pakatan itu berkuasa semula.-SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button