fbpx
Luar Negara

Perdana Menteri Ivory Coast meninggal dunia

Menjalani dua kali ujian saringan Covid-19

PERDANA Menteri Ivory Coast, Amadou Gon Coulibaly meninggal dunia di bandar Abidjan semalam, lapor Agensi Berita Anadolu memetik kenyataan pejabat Presiden negara itu.

“Saya amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Perdana Menteri Amadou Gon Coulibaly meninggalkan kita semua pada tengah hari setelah menyertai Majlis Menteri, ” Jeune Afrique memetik Patrick Achi,  Ketua Setiausaha Negara Ivory Coast.

“Ivory Coast kini sedang berkabung,” kata Achi.

Ketua Negara, Alassane Ouattara turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Coulibaly, 61, kembali ke Ivory Coast pada 2 Julai lalu setelah dua bulan berada di Perancis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Pada Mac lalu, Coulibaly mengumumkan melakukan penjarakan sosial setelah berhubung langsung dengan individu yang positif Covid-19.

Beliau kemudiannya melakukan dua kali ujian saringan Covid-19 dan kedua-duanya disahkan negatif.

“Saya ingin meyakinkan rakyat dan penduduk Ivory Coast bahawa saya telah diuji negatif dua kali,” katanya ketika itu.

Coulibaly adalah calon pemerintah Rally Houphouetists untuk Demokrasi dan Keamanan bagi pemilihan presiden pada Oktober 2020 berikutan keputusan Presiden Alassane Ouattara tidak mencalonkan diri untuk penggal seterusnya.

Dalam satu ciapan, Ketua Suruhanjaya Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat mengucapkan takziah kepada keluarga Coulibaly, kepada Presiden Ouattara dan warga Ivory Coast.  – SM

 

Show More

Related Articles

Back to top button