Luar Negara

Jangkitan Covid-19 di India melonjak: Sekolah terpaksa ditutup

Langkah membendung pandemik diperketat

SEKOLAH untuk kelas 1 hingga 9 di Bandaraya Mumbai, India terpaksa ditutup semalam sehingga akhir Januari ini kerana peningkatan mendadak kes pandemik Covid-19.

India mencatatkan 33,750 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 9,195 kes untuk tempoh 24 jam pada Rabu lepas.

Ketika ini India meningkatkan tahap amaran dan langkah membendung penularan pandemik Covid-19 diperketatkan.

Delhi serta hab perniagaan dan hiburan Mumbai menyaksikan pertambahan ketara dalam jangkitan koronavirus sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Jumlah kes harian terkini Mumbai ialah 8,063 kes dan Delhi melaporkan 4,099 jangkitan baharu.

Banyak negeri telah mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan perhimpunan awam baharu termasuk di pawagam dan pasar.

Negeri pesisiran pantai Goa, destinasi pelancongan popular akan mengenakan perintah berkurung pada waktu malam dan menutup sekolah sehingga 26 Januari ini.

Delhi yang melaksanakan perintah berkurung dari 10 malam sehingga 5 pagi menugaskan lebih ramai anggota polis untuk memastikan pematuhan awam yang lebih ketat.

Terkini, negeri-negeri yang mengumumkan penutupan sekolah berikutan langkah berjaga-jaga Covid-19 termasuk Benggala Barat, Tamil Nadu, Uttar Pradesh, Haryana dan Rajasthan. – SM

 

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button