Hiburan

Penyanyi perlu hidang mesej yang baik menerusi lagu – Siti Nurhaliza

SEORANG penyanyi seharuanys bertanggungjawab untuk mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu.

Perkara itu ditegaskan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyifatkan penyanyi tidak seharusnya sekadar memberi hiburan.

“Sebagai seorang penyanyi, saya perlu menampilkan mesej yang baik menerusi lagu.

“Sesuai dengan usia, semakin dewasa dan matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi juga kesedaran,” katanya.


Tampil dengan lagu baharu berjudul Takhta Dunia, Siti menganggap lagunya itu membawa mesej yang baik kepada masyarakat.

Jelasnya, seiring dengan kemodenan dan perkembangan dunia hari ini, setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.

“Lagu Takhta Dunia sarat dengan nilai moral kerana mengingatkan supaya setiap orang bersikap baik, menjauhi hasad dengki serta menjaga tutur kata.

“Apabila ini menjadi amalan, hati seseorang akan bersih dan tidak tercela,” jelasnya.

Dalam pada itu, penggambaran video muzik Takhta Dunia terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. merupakan di antara kerja terakhir beliau sebelum berehat untuk memberi fokus kepada persediaan kehamilan .

Video muzik rasmi Takhta Dunia boleh dilayari di saluran youtube Siti Nurhaliza bermula 8 Januari 2021, tepat jam 9 malam.Album ManifestaSITI juga boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer sejak 3 Julai 2020.

CD album ManifestaSITI2020 boleh dilanggan dalam talian di snp.onpay.my. -SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button