Nasional

Minggu Sains Negara 2024 pupuk minat pelajar sekolah terhadap STEM

Penganjuran Minggu Sains Negara 2024 bakal diteruskan pada tahun ini dengan sasaran memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha membina bakat berkemahiran tinggi bagi mencapai sasaran negara bertekonologi tinggi menjelang 2030.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) adalah selari dengan hasrat Perdana Menteri serta agenda Malaysia MADANI agar bidang STEM diberikan tumpuan untuk mencipta bakat seiring dengan kepesatan pembangunan sains, teknologi dan inovasi, seterusnya memenuhi keperluan industri khususnya dalam sektor-sektor teknologi membangun seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), robotik, blockchain, data raya dan sebagainya.

Justeru, objektif utama penganjuran MSN adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kehidupan seharian, menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara serta untuk mendidik masyarakat dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta kejayaan dalam bidang sains.

MSN 2024 secara rasminya dilancarkan pada hari ini dan akan berlangsung di seluruh negara secara hibrid melibatkan penganjuran secara karnival dan juga aktiviti dalam talian sehingga Oktober 2024. Bertemakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi”, MSN tahun ini mensasarkan
penglibatan sebanyak 600,000 pelajar sekolah, penuntut institut pengajian tinggi serta masyarakat umum.

MSN 2024 juga akan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berdasarkan tujuh bidang fokus utama iaitu Kesihatan Planet, Kimia dan Bioteknologi, Kegunaan Aman Nuklear, Inovasi Sosial, Kejuruteraan dan Kecerdasan Buatan, Nanoteknologi serta Angkasa.

Oleh yang demikian, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Minggu Sains Negara 2024 yang akan dianjurkan serta mengikuti program-program pengisian yang telah disediakan secara dalam talian.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan boleh diikuti menerusi platform MSN 2024 di www.minggusainsnegara.mosti.gov.my. – SM

(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button