HiburanLuar Negara

Syarikat UK akan bina studio filem pertama di angkasa lepas

SEBUAH syarikat media di United Kingdom (UK), Space Entertainment Enterprise telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah studio angkasa lepas yang akan digunakan untuk menghasilkan filem pada Khamis lalu

Pengasas bersama syarikat itu, Elena dan Dmitry Lesnevsky berkata, pihaknya telah memeterai perjanjian untuk mengendalikan studio berkenaan yang akan disambungkan kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Studio yang dinamakan sebagai Space Entertainment Enterprise-1 (SEE-1) dijangka akan dilancarkan pada 2024.

“SEE-1 merupakan peluang hebat untuk manusia bergerak ke alam berbeza dan memulakan kehidupan baharu di angkasa lepas.

“Ia akan menyediakan rumah yang unik dan boleh diakses untuk hiburan tanpa had di tempat yang lengkap dengan infrastruktur inovatif yang akan melancarkan dunia kreativiti baharu,” kata Dmitry.

Studio yang berukuran enam meter lebar tersebut akan digunakan oleh kru filem, televisyen, muzik, sukan, acara, artis, penerbit atau pekerja bidang kreatif yang ingin menghasilkan kandungan di orbit rendah.

Modul studio tersebut akan dibina oleh Axion Space iaitu peneraju bagi perkhidmatan penerbangan angkasa manusia dan isfrastruktur angkasa lepas. -SM

 

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button