Hiburan

Penyamun pecah masuk kedai Zul Yahya

KALAU sebelum ini kedai milik penyanyi, Lan Kristal X dimasuki perompak, dugaan sama juga menimpa pelakon, Zul Yahya.

Zul Yahya atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya berkata, kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kedainya di Meru Raya, Ipoh Perak.

Menerusi rakaman CCTV itu, kedainya dimasuki oleh dua lelaki yang memakai topi keledar.

“Hati-hati warga Meru Raya, penyampun berkeliaran. Semalam, dua orang selongkar belakang kedai saya.

 

“Muka dah dapat, tunggu masa nak tangkap sahaja. Kalau dapat kasi ikan dekat pokok letak semut merah dalam seluar lepas itu baru bawa ke balai,” katanya.

Zul Yahya turut memberitahu laporan sudah dibuat dan dia meminta sema peniaga supaya berhati-hati dan tidak membuka peluang untuk penyamun melakukan jenayah. -SM

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button